22 February 2012

Mother Know Best

I finally I talked to my mum about the problem i'm facing. Illiy said, "call la mak kau minta dia tolong doa. Doa ibu ni makbul." I rarely confess my problems with mother because well, who want to see their mother in worry? I called my mum just now. She said, lately since i'm not at home, she always hear me calling her. Like I used to do when i wake up in the morning I usually looking for my mum. Like I called her when I want my mother to watch tv with me.

And there.... I told my problem regarding the prof I wrote in the last entry. She said, don't worry just do dzikir and praise to Rasulullah (p.b.u.h.). always dzikir Ya Latiff, Ya Rahman, Ya Rahim. Hoping that my prof will change her mind. InsyaAllah. Thank you, mother. You always know how to comfort me.


21 February 2012

They Can Be Considerate But They Prefer Not To

ish tak lepas lagi ni tak lepas lagi ni. tersimpan kemas dalam hati ni. semoga permudah segala urusan sem ni. semoga Prof Hasnah lembut hati nak tukar waktu kuliah. Kalau tak tukar, tak tau lah nak jadi apa. Tak sanggup saya nak extend. Sudahlah course ni dah 4 tahun. Tak baik tau racist-racist ni prof. Student Biology ke student education ke, semua sama saja nak menimba ilmu dari prof. Apa salahnya kita berbincang dulu. Apalah agaknya imbuhan jika Prof bandingkan kami student-student ini. Apalah agaknya dosa student education ni. Tolonglah consider keadaan kami. Tinggal sem ni saja yang boleh kami ambil kursus tu. Rasa teraniaya sungguh bila prof cakap kalau student Biology boleh saya consider. ssssss sungguh memilukan.

Asek menangis je ye 2 3 hari ni. banyak sangat masalah yang datang. Saya teringat kata-kata Zuno, "rasa banyak sangat dugaan bila baru nak berubah ni, May". Oh well, ini mungkin dugaan saya. Kena banyakkan doa. Jangan mudah mengalah. Alhamdulilah, Allah sudi bagi dugaan pada saya. Allah duga maksudnya Allah sayang lagi pada kita. Aku bersyukur padaMu Ya Allah.

20 February 2012

Hari Jadi

18 Februari 2012 genap 22 tahun Nabil Saharuddin, wajah kesayangan saya. Alangkah bahagianya jika kami masih lagi dapat meneruskan alam dewasa ini bersama-sama. Tapi sudah masa Nabil kembali kepada Yang-Lebih-Menyayangi, saya hanya mampu redha. Semoga arwah Nabil sentiasa tenang di sisi Allah dan ditempatkan di kalangan orang beriman. InsyaAllah.

Rindu. perkataan rindu tu tak cukup nak menggambarkan kerinduan saya pada Nabil. Setiap saat, setiap waktu saya menanti kepulangan Nabil. Tapi saya harus bangun dari harapan palsu itu. Hakikatnya Nabil pergi tak kembali. Nabil berada di tempat sepatutnya kita kembali. Terima kasih kerana hadir dalam hidup ini.

Mungkin saya terlalu menyayangi, terlalu mengambil berat, terlalu memberi perhatian, sehingga bila tiba masanya, saya terlalu sakit menerima kehilangan. Itulah, sepatutnya kita mencintai seseorang itu cukup dengan bersederhana, jangan berlebih-lebihan. Degil.

Tapi saya tak pernah menyesal menyayangi arwah Nabil. Malah, ia menjadi suatu perkara yang paling manis mempunyai Nabil dalam hidup saya walau sekejap saja Allah pinjamkan.

Dudu, do well there. My prayers always be with you. I know you're now happy with Ibu and Ayah. You are the luckiest person to be called by Allah. If I do wrongs to you since we met till you're gone, i owe you huge apology. May I could do something that can make them clear. You know I love you. Happy Birthday, My Dudu.

p/s: Give me 1000 handsome guys, I only see your face.

19 February 2012

Melawan Arus

Baru saya perasan, orang bergambar menghadap pantai. gambar header saya pula membelakangkan pantai. ahh, apa salahnya melawan norma ye dak. cik normah, mak pesan minyak kelapa 2 bungkus! eh, dengan eskem jagung ni sekali. nampak sedap je. 

p/s: norma dengan cik normah bukan sedara mara.

Penatlah Buat Header Susah Payah Kalau Private Blog.

haah memang nak buat title entri panjang-panjang pun.
dulu bila orang panggil saya bodoh, saya tak terasa pun. sebab dulu saya pandai. best student tu dah tiap tahun dapat. *cough*. tapi era di Usm ni result merudum. seperti yang terterror dibawah. ohok! tertera di entri bawah. so sejak saya jadi bodoh ni belum ada orang panggil saya bodoh lagi kecuali macam ayat dibawah.

sakitlah, bodow!
bodow la kau ni, jangan kacau dia.
macam bodow je rupa kau pakai tudung ni.
diamlah, budus.

itu biasa kak, biasa. satu keadaan bila saya di caci bodoh beberapa hari lepas, saya termenung pandang dinding kosong. sentap awak tahu. kali ni terasa betul saya bila orang caci saya bodoh. lebih sentap bila pencaci mengatakan result dia lebih bagus dari result saya. oh oh oh sememangnya awak memang pandai. @_@ kehkehkeh. 

By, dulu kan bila orang panggil I bodoh, I marah tau sebab dulu I memang I tak pandai. Sekarang kalau orang cakap I bodoh I tak sentap dah. Sebab dia lagi bodoh. -Dudu

Lepas saya bertenang dan dah teringat untuk bernafas, Allah kurniakan semangat. sesungguhnya saya terasa diri tak pandai dengan result sem lepas. mungkin hati saya tidak sepenuhnya jujur dan ikhlas untuk menimba ilmu Allah. belajar untuk peperiksaan saje. mana mungkin ye tak? seterusnya saya sedar yang saya kena berusaha lagi. InsyaAllah saya akan berusaha lebih untuk sem ni. dan banyakkan doa. ini kadang-kadang pun subuh gajah. Mungkin Allah ingin sampaikan teguran itu menerusi saudari tersebut. pernah juga saya baca, sekiranya orang menegur, jangan kita berkecil hati. itu cara kita membaiki diri sendiri. terima kasih saudari.

dalam karangan saudari berbentuk text mesej itu pun ada diselitkan "tak payah la kau berlakon baik" (lebih kurang begitu ayat dia). saya memanjatkan syukur kepada Ilahi sekiranya perkataan baik itu ditujukan kepada saya. saya tidak pernah memandang diri saya ini baik. tiap hari saya cuba nak baiki diri sendiri supaya jadi lebih baik dari semalam. Alhamdulilah lah jika saudari tersebut yang perasan perubahan saya. NIK IQA, BHAI, ILLIY, kenapa korang tak tegur perubahan aku??? ngehngehngeh. (nye nye) << Is this the correct spelling? nobody cares.

dipetik dari twitter rakan-rakan seperjuangan :
  • kalau nak dapat dekan jangan masuk USM
  • penat aku study ingat dapat  dekan sem ni sekali result keluar dapat pointer 2 lebih ja.
We No Zombie But Unicorn Born By USM.

p/s: jangan pernah lupa Allah disisimu. jangan pernah putus asa mencari keredhaanNya. U NO FOREVER ALONE.

16 February 2012

Cuaca Buruk

tarik nafas...hembus! tarik nafas....hembus! tarik nafas....hembus! tak nangis tak nangis tak nangis tak nangis tak nangis.

ku sangka kan panas hingga ke petang rupanya ribut petir waktu brunch. ku sangka dapat gred yang munasabah rupanya...tengok sajalah yang tertera. tak nangis tak nangis tak nangis tak nangis.

sem lepas lain punya semangat nak belajar. lain punya berkorban cuti nak belajar. lain punya pulun nak belajar. tapi lain punya outcome yang dapat. mungkin Allah belum nak bagi rezeki lagi. Sem depan barangkali. 

Ni belum nak keluar bilik nak bagitahu Puan Elizabeth lagi ni. nak kena mandi dulu, rupa kena presentable, layan sama-sama cerita korea dia tuh doihhhh ini paling tak suka. baru tunjuk gambar di atas. bagitahu guna lisan, itu jalan yang merbahaya. 

kbai nak nangis tepi katil dulu.

p/s: alhamdulilah

Bila Saya Cakap........Saya Maksudkan........

hai esok dah boleh keluar result final exam. kikiki cuak. bila saya cakap kikiki maksudnya di alam realiti memang saya tengah ketawa sambil tutup mulut. entah esok macam mana lah ekspresi yang saya keluarkan. Puan Elizabeth selalu cakap, hmmmm memang keturrr rupanya penyakit takut ni. bila saya cakap keturrr maksudnya adalah keturunan. penyakit takut ni bukan perkara asing dalam keluarga kami.

hai dah nampak tak header  dan baju baru blog ni. dah lama tak buat kerja ni dekat satu pertiga malam jugak setting mende ni. hoi dia puya leceh edit resize upload, edit resize upload, edit resize upload. beratus puluh kali jugak la. bila saya cakap beratus puluh kali maksudnya bilangannya memang tak terkira dek jari. dan dan dan saper tak nampak header saya???? bila saya letak banyak tanda soal maksudnya saya tanya sambil mengjenggilkan mata. itu final header saya sebab dah give up nak resize picture lagi. 

well, tiba-tiba jadi rajin pulak nak update je blog ni ha kan. mungkin roh saya yang dekat USM tu dah datang menjemput jadi makin rajinlah online lepas ni. itu je lah kerja kat USM tu. bila saya cakap kerja saya maksudkan 24/7 saya akan lakukan aktiviti ni kecuali kes-kes emergency seperti nak berhadas ke nak berdengkur ke. haa cam tulah kaedahnya. bila saya cakap kaedahnya saya maksudkan begitulah caranya.

hah! sudah-sudahlah tu. esok kalau result ok saya update. kalau kurang ok pun mungkin saya update. tapi selama 5 sem lepas tak pernah pun update result. ahhhhh! biarkan saja. bila saya cakap biarkan saja saya maksudkan....sebenarnya I already lost my words. ok bye!

14 February 2012

Watak Sebegini Ku Perlakonkan

Event terbesar dalam waktu cuti semester ni saya rasa hanya hari jadi saya. paling besar la. Yang lain biasa-biasa saja. Event bercuti satu famili ke Terengganu itu biasa-biasa saja. Walaupun saya paling tak hingat dunia shopping hamek gambar bagai. Event balik kampung kenduri-kenduri pun biasa saja. Walaupun saya yang terlebih aktif kalau jumpa sepupu anak sepupu mak sepupu ayah sepupu atok sepupu. Event pergi jalan-jalan ke Melaka pun biasa jugak makan nasi bertambah-tambah tu biasa. Aiskrim special, coconut shake itu biasa. Pergi planetarium tengok Shed Musapar pun biasa. Pergi ke Batu Pahat main shopping-shopping facial product itu juga biasa. Semua BIASA.

*Kita tak menduga, dari kenalan lahir sayang......* iklan lagu Ziana Zain yang tengah berkumandang di cuping telinga.

Dalam famili saya tak da nak grand-grand nya sambut birthday ni. Paling best pun hari tu Encik Stephen @ dewa ayah @ ayah saya belanja kepsi. 

"Ain besiap lepas ayah kerja kita pergi kepsi. Ayah belanja Ain makan" - you did that everyday since 22 years ago, dad. -.-

dan Puan Elizabeth @dewa mak @ mak saya bagi hug and kisses awal pagi time belum sempat nak gosok gigi lagi. jadi petang kami sambut dengan masing-masing melahap kepsi. itulah paling grand pun. cuma pernah la sekali tu birthday yana mak buat party sikit panggil budak-budak dekat Segamat. Budak yang saya maksudkan tu umur lingkungan 7 tahun ke bawah. Masa tu umur yana 19 kalau tak silap. meriah kan? oh ada gak birthday party Boy mase umur dia 3 tahun sebab tahun tu tengah menular virus birthday party dekat kejiranan saya. hari ni rumah sebelah, esok rumah atas, lusa rumah depan pulak, tulatnya selang 4 rumah dari rumah kami. Itu dipanggil trend.

In summary, birthday kali ni sebenarnya tak la sebesar mana. hanya hari yang biasa macam semalamnya pulak.setiap tahun saya rasa semakin muda. 22 bukan angka yang besar. Siapa cakap besar?! Diam! cakap dalam hati je.. hakikatnya badan ni dah rasa tua. sakit sana sakit sini. long journey pun dah mengeluh-mengeluh. Mata pun dah rabun. Asek batuk-batuk. Dress up pun hanya kain batik lawan ts suicide silent. Rambut dah berubah warna. Dengar pun muzik jazz je sekarang. jadi bayangkanlah nenek usia 83 sedang taip entri sekarang. Kena majukan bisnes ukhrawi macam ni.

p/s: orang nak post pasal birthday, awak pun nak jugak. btw, tajuk entri diambil sempena lagu Hafiz- Watak yang sedang berkumandang. no idea.

06 January 2012

May Strength Always Be With Ya

I can say that we are brothers by blood. Walaupun Ain bukan lelaki yang asli. Tapi Ain seboleh-boleh acting like a brother to you. In case you feel like you have incomplete family for not having a brother, I'll be there to be your ones.

We're not that intimate like you and Yana. who you can have big laugh with. who you can have big fight with. who you can have scream war with. And your partner in doing insane crimes and attitudes. But one thing for sure, I'll be there in your need of help.

I may not be the ear who really listen to your heartaches and fear. I may not be the shoulder where you'll cry on. But I'll be the best teacher to take your hand and make you stand up strong in this Earth. I'll be the catalyst so you will awake from your fear. I'm here to give you missions and you'll taste the sweetness for accomplishing them in your life.

Why to feel regret to have someone like you? Never.





get well soon, brother! kuatkan semangat sikit. your journey is so far to reach the terminal. you haven't reach the peak yet.

**you'll never how a sister loves his only kid brother she ever has.

01 January 2012

Di Penghujung Waktu 2011

31 Disember 2011 memang hari yang mencabar. boleh jadi dia bagi penutup segala kesakitan bagi seluruh tahun ni kot. mintak-mintaklah macam itu hendaknya.

pagi dimulakan dengan aktiviti muntah-muntah. hosh! dia punya muntah kaw-kaw punya. macam balas dendam 10 tahun tak muntah. perut pun nak menendang-nendang semua isi bagi keluar. senak perut jangan cerita. apa yang saya pikir ialah : cepatlah siap muntah woi. dah la tu. dah laaa..

lepas solat subuh, saya rehat. kepala dah tangkap pening kaw-kaw punya. tahap nak sewa kapak hentak-hentak dekat kepala bagi lega. tak lama dapat tidur kena gesa bangun dek perut nak cirit pulak. fuh! takpayah cerita pasal cirit banyak sangat. tak manis. tapi dia punya azab ibarat : ye dah la tu.. dah laa!!

kembali rehat atas katil. pening kepala masih lagi bermaharajalela. semakin perit. bila bukak mata semua dementors melayang-layang atas kepala buat saya lagi nak muntah. lalu pejam je la yang mampu. dalam masa pejam tu jugak, azabnya tak habis lagi. tidur tak tenang jugak. ibarat mimpi lawan dengan dementors.(dementors lagi). kali ini punya sakit memang rasa nak mati. Saya dah terbayang arwah Nabil je.

1 hari suntuk saya terlantar atas katil. siapa yang jaga saya?

kakak roomate yang baik hati lagi penyayang. Dialah yang keluarkan semua gadget-gadget bagi saya lega. kakak bagi minyak TYT sapu dekat perut. Ada lagi 1 minyak pebende tah. saya tak berani nak sapu. Saya bukan berkenan sangat dengan minyak-minyak ni. Cukup tak suka. tapi kali ni sebab kakak amat berkawan baik dengan minyak-minyak panas ni, saya redha lah. 

kakak juga tampal koyok dekat dahi bagi hilang pening. bila koyok tu dah habis kesan, kakak salin lagi. hari tu saja dah 3 kali salin koyok kat dahi. tak cukup dengan itu, kakak bagi CoolFever tampal dekat dahi tengah. Badan saya punya panas jangan cerita. boleh buat iron baju. Dengan Cool fever masalah panas badan pun hilang. lagi, kakak pergi dengan bf dia cari bubur untuk saya makan. dia suruh jugak saya makan walaupun perut rasa nak muntah lagi. lepas itu, dia bagi panadol biar lega sikit sakit-sakit ni. *menangis*

tak tahu nak cakap apa dah. kakak memang insan yang sempurna. terima kasih yang tak terhingga sebab menjaga saya masa saya sakit. dia jaga lebih dari seorang ibu. Buat saya terharu sangat. Bertuah siapa yang dapat kakak jadi isteri. Semoga tuhan dapat membalas budi baik kakak. May takkan lupa insiden ni sampai bila-bila.

Alhamdulilah. hari ni 1/1/2012 saya sudah 90% sihat. cuma bila berjalan ada gaya Kung Fu Mabuk Jacky Chan sikit. orang kata bila sakit ni tuhan hapuskan dosa-dosa kecil. insyaAllah.