31 October 2012

quick update!

this is best brooo!!!
kalau tak beli shampoo botol kecik, takde lah shampoo cepat habis
kalau shampoo tak habis, takde lah kena tahan satu hari tak cuci rambut
kalau tak satu hati dah tak cuci rambut, takdelah hari ni kena keluar pagi-pagi pegi mydin
kalau tak pergi mydin pagi ni, takdelah keluar gopoh-gopoh sebab bangun lambat
kalau tak bangun lambat, takde lah keluar bilik lambat
kalau tak keluar bilik lambat, takdelah kena tinggal bas
kalau tak kena tinggal bas, takdelah kena tunggu satu jam bas seterusnya
kalau tak tunggu bas satu jam, takdelah kene balik lambat
kalau tak balik lambat, takdelah kena kunci dari luar sebab roomate dah pergi kelas
kalau tak terkunci dari luar, takdelah dapat melepak bilik bhai ni
kalau tak melepak bilik bhai ni, takdelah dapat tulis entri ni
kalau tak tulis entri, tak merasalah kita pakai tab baru bhai ni.

dah tahu kan macam mana cara nak merasa pakai tab?

belilah shampoo botol kecik je!

p/s: quick update lah sangat. terketar-ketar jari taip sekali tengok hek eleh! pendek je entri.

29 October 2012

Bakal ku

Ya Allah,
Aku panjatkan shukur ke hadrat Ilahi atas kebahagiaan yang Kau beri.
Atas insan-insan yang Kau hadiahi.
Atas kehidupan yang tak mampu aku kecapi dengan sendiri.


Dalam setiap duka, kau sedia bahu kau.
Dalam setiap tangis, kau seka air mata aku
Dalam setiap gelisah, kau sentiasa tenangkan aku.
Dalam setiap kebuntuan, kau carikan aku cahaya.
Dalam setiap perbalahan, kau tanam kesabaran
Dalam setiap dugaan, kau tenang beri harapan
Dalam setiap kesakitan, kau kumpul kekuatan.
Dalam setiap kemurungan, kau beri aku senyuman.


*telefon bunyi... kau yang call. macam tahu2 je*

*sambung*


Allah buka pintu hati aku terima kau lepas separuh diri aku hilang
Kau buat aku selesa jadi diri aku bila dengan kau
kau buat aku rasional marah-marah kau 
kau buat aku matang melayan sikap manja kau
aku suka melihat diri aku yang lebih bertanggungjawab dengan adanya kau
yang penting, aku rasa sangat disayangi dengan kasih sayang kau.
walaupun kau kadang-kadang agak annoying, aku balas dengan meng-annoyed kau pulak


*krok krek krok krek kriaaapppp. bunyi perut yang lapar*


terima kasih sebab hadir
terima kasih sebab menyayangi aku dengan kasih sayang yang tak ternilai
terima kasih mengajar aku erti kesetiaan sebenar
terima kasih atas senyuman yang selalu kau ukir pada wajah aku
terima kasih kerana sentiasa ada bila mana aku sedih dan gembira
terima kasih sebab menerima aku seadanya. setiap kekurangan dan kecacatan yang aku bawa.
terima kasih sebab kekal bersama aku setelah sebesar-besar dugaan yang telah, sedang dan akan datang menimpa kita.
terima kasih atas setiap pengorbanan masa, wang, tenaga yang dah kau bagi.

*garu tengkok*


kau lah kawan terbaik aku
kau lah sedara terapat aku
kau lah musuh bergaduh aku
kau lah pengisi masa lapang aku
kau lah technician peribadi aku
kau lah tempat aku meluah segalaya
kau lah pemaaf yang tegar memaafkan aku
kau lah tempat mengasah penumbuk aku
kau lah tempat belaian aku
kau lah teristimewa.
Kau lah yang teratas.

semoga satu hari kita di jodohkan dengan semulia-mulia ikatan. 

Selamat Hari Jadi, Bakal Suami.


Transformasi

hello! blog ini bakal menukar lagi url tidak lama lagi.


ainasy.blogspot.com.


bila tu? kemudian sikit. ingat je lah url baru ni.
p/s: akan menukar dan menukar lagi mengikut citarasa yang sering berubah-ubah ni.

24 October 2012

Balik Lagi

Akan berangkat pulang ke Sungai Buloh pada malam ini bersama Acik dan roomatenya. haaaa begitu sopan ayat ku ini ala-ala update twitter bunyiknya. never plan on this trip to Sungai Buloh by car. or even never thought about it. I was worried there's no more tickets to KL by tomorrow morning due to Raya. then suddenly, Allah gives me the instinct to ask Acik and poofff! she invited me to hitch a lift. rezeki jangan tolak olsssssss. dengan baju yang tak sempat nak laundry. minggu ini saya akan bawa satu beg yang sarat dengan baju berbau asli mewah lagi menyeramkan dan satu beg lagi dengan isian laptop. "oh mmg tak bawak baju bersih balik rumah eh?" tanya anda dalam hati. mestilah. apa yang perlu saja. sedikit sangat sampai boleh masuk dalam poket jer. oh snap! jangan mengarut lebih Ain Amirah! 

So, Selamat Hari Raya. selamat makan daging. sesiapa yang tidak beraya pun, tak da masalah! datang office ambek cek (Sharol Shiro). Ampun maaf dipinta, mensuci hening dosa. Panjang umur jumpa lagi. 

Jangan over Ain Amirah, cuti beberapa hari je. sekali tengok esok dah update lagi upload gambar pegang daging. ok bye. peace!


22 October 2012

Tes! Test! Test!



First test on MSS 391 - Special Topic Survey (Graphing Calculator Technology) tomorrow at 10 am. 
Nervous! 
oh berbelog mengenai urusan pelajaran bukan lah kegemaran saya. 
Moga dapat skor hebat mebat esok.

p/s: siapa curi mechanical pencil merah kita yang legend tu dia memang dengki. tengok, klasik tak klasik nak pakai pensel kayu esok.

18 October 2012

End Of The Era

from now on,

 i won't seek for your assistance
i won't ask for your knowledge
i won't ask for your company
i won't ask you any questions
i won't borrow your shoulder and ears
i won't tell you my silly story
i won't burden you with my problems
i won't ask any of your personal life
i won't talk craps to you
i won't laugh at you
i won't make fun of you. 
i will try to be independent without your hands anymore
i really appreciate you
deep inside i keep my love for you
thanks for been there for me all this while
yes, you are free from parasite, my friends. 

17 October 2012

Kita Yang Rasa. Kan?

kita bahagia. kita gembira. kita suka. tapi orang lain tak suka. orang kata, "jangan buat! kita tak suka". kita tanya, "kenapa?". orang kata, "jangan tanya kenapa. kita tak suka!"



haaa macam mana?



09 October 2012

Bercutilah Kita

Dah tahun akhir ni, kelas pun dah tak banyak. cuti pun jadi banyak. jadi tiap minggu asyik nak balik sungai buloh je spend time dengan insan-insan tersayang (wow!). minggu lepas tak ketinggalan juga lah. cuma kali ni makin bertambah insan tersayang di sungai buloh tuh. haa macam tak berapa nak faham kan maksud ayat ni. Takpe dimaafkan. i went to Genting Highlands after nearly 20 years haven't been there. kesian kan. there we go...

sampai dekat genting sempah itu, jam jam itu lah bateri kereta nak mati. inilah padahnya tak matikan enjin ye sedara-sedara. nasib baik saya bersama penyelamat dunia saya yang tahu hal-hal kereta ni. nasib baik dia boleh setel panggil abang servis bagi jump start kereta kami. shukur shukur.


 both the saviors. the one who's on the phone and one who's coming with the truck on the left! 

dah siap-siap tu baru nak tengok sebelah menyebelah dan nampak ni.


kalau signboard ni ada mulut mesti dia cakap, "Dah ku kabor matikan enjin tuh!"

we went up there by cable car and walked around. we didn't play much this time. just took a look what they got there, having breakfast, and take random pictures. will plan for the next trip and play much. 


akak dengan penyakit baru akak, asyik gastric atack je. walaupun sakit perut ku lemparkan jua senyuman menawan depan kamera. sakit, sakit jugak. tapi bila dengan laki sendiri, sakit tu jadi tak sakit sangat lah. haa gatal bunyiknya tuh..


oleh itu, ku ukir nama mu di atas gunung genting. cewahh. 


walking outside the theme park. it was cold! laki kita dah la takda lemak, ada tulang je. menggigil habis dia. kesian ye orang takda lemak ni. tengok orang banyak lemak ni. rilek je. ini adalah kerja laki kita yang tak reti nak kira 1 2 3 bila amik gambar. 


lagi gambar tak ready -,-


self-captured. baru nampak senonoh sikit. 


"ahh, asek ambil gambar kau je dari tadi, gambar aku takde" 


haaa saje amik gambar tak ready jugak. balas dendam. tapi nampak senonoh je -,-

 gambar wajib. babe, you look good, i tell you :P


 "gua gayat naik cable car, tapi gua berani turun der"


"eleh, gua sikit pun tak cuak bro"


"don't mess. we're gangster."

pada masa yang sama, anak-anak mama pergi bercuti dekat langkawi tanpa mama. so, mama tahu korang mesti asyik terbayang-bayang mama time korang holiday kan.


korang rasa korang berempat saje kan. 


tapi hakikatnya hantu mama mengekori korang. korang je yang tak tahu. hiii hiii hiii.

korang tak prasan kan sebenarnya. 

sayang laki mama dengan anak-anak mama!

02 October 2012

Kisah Seorang Permaisuri

tajuk karangan saya pada hari ini ialah nenek saya. Nenek saya bernama Hajah Wok. tagline Aril yang "Terbaik Wokk" itu sudah melambangkan ke-awesome-an nenek saya. nampak tak itu? Nenek saya berusia err 87 tahun (mungkin). sebab dalam 10 tahun ni bila tanya makcik-makcik berapa umur nenek saya mereka akan jawab 'eh dah 80 lebih dah atok tu'. lama lah jugak mereka pakai jawapan tuh. nenek saya kuat. Walaupun berpenyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, tapi beliau amat kuat semangat berpantang makan jaga kesihatan dia. sebab tu dia panjang umur. Alhamdulilah. salute to my queen!

tapi sekarang atok saya (atok merujuk pada nenek ye) sudah terlalu tua. dah tak secergas dulu. jalan pun dah berpaut. masak pun dah tak larat. dia boleh duduk baring jalan 2 3 tapak ke toilet dan tengok tivi. Sembahyang pun kadang-kadang berdiri kadang-kadang duduk. Walaupun tak larat, dia gagahkan jugak badan dia. 

tadi Puan Elizabeth call bagitahu atok saya sekarang kuat tidur. tapi dia tak sedar dia tidur. Kesian dia. Mungkin badan dah tua. dah tak function well. Sebak lah pulak. Patutnya tatkala umur begitu mestilah nak tengok anak cucu ada depan mata ye dak. Ya Allah, kesian atok. Rasa nak balik sekarang jaga atok. Ye lah, tinggal atok sorang je lah atok saya. Kalau atok takda, takda siapa lagi yang saya nak panggil atok. Sebab atok jugak lah keluarga besar saya jadi rapat. Tak dapat bayangkan kalau atok takde. Nauzubillahiminzhaliq.

Ya Allah, sejahterakan lah ke atas nendaku Hajah Wok. Lindungilah dia dengan kasih sayangMu. Berikanlah kebahagiaan hidup padanya. Jauhi dia dari kerisauan dan kesengsaraan. Semoga nendaku sentiasa diberkati olehMu Tuhan. Berikanlah aku kesempatan untuk berbakti padanya. Semoga kehidupan nendaku sepanjang umurnya mendapat redhaMu YaAllah.


ini suku dari keluarga besar. sebab ini je yang memang sentiasa standby depan camera. lama sangat angah nak ambil gambar sampai tertidur atok haa.


Ada je si bertuah ni dengan atok kita tau. Tiap tahun dia je la yang amik gambar dengan atok. orang lain takde. Nak carik gambar atok pun kena ada gambar dia jugak. Bertuah punya budak.

Tema gambar diatas: "YANG TUA DIHARGAI, YANG MUDA DISAYANGI" hihihi



Kad Diskaun 1 Siswa




saya sudah. anda bila lagi?

p/s: kalau kena saman polis boleh tunjuk tak? selalu sangat mintak ic lesen.

01 October 2012

Pantai Kerachut Second Round

Memandangkan minggu lepas merupakan minggu pertama saya spend time duduk Penang (tanpa pulang ke rumah), jadi 3 hari saya bagaikan 3 tahun ye sedara sedari. Jadi, atas ke-concern-an ayahanda a.k.a. Nur Bhaiy, si beliau mengajak saya pegi hiking di Taman Negara ke Pantai Kerachut. Last time pergi dengan Iqa,     Adnin dengan Zul.


sebab hujung minggu ni 6-7/10/2012, saya bakal tak ikut mereka pergi langkawi, jadi saya pun dengan besar hati untuk pergi hiking sebelum mereka bertolak. sedih. sebenarnya tak sedih pun. there's bigger plan for this weekend. weehoooo! shhhh tak nak bagitau dulu. 

we started our journey at 8am by Adnin's car. we reached Taman Negara at 930 am and started hiking.


tak sampai separuh dah mengah! apa ini? awal-awal dah minum air seratus. (bhai panggil 100plus tu air seratus)


lepas tu, berhenti lagi dekat air terjun. teringin jugak nak konon-konon minum air terjun melepaskan dahaga. tapi pikir dua tiga kali jugak. takut air tu tak masak. so lame, air terjun kan!!



banyak kali jugak berhenti. mungkin sebab faktor usia *sigh* 


another 500m left to Pantai Kerachut, kaki dah bergetar asek terhentak kat tangga. rasa kalau boleh  nak gelongsor je sampai pantai. haha muka bhai dah merah. sepanjang 500m terakhir tu bhai nyanyi sorakan semangat kat semua orang 'Nak mandi laut! nak mandi laut!' semua orang tersemangat balik. 

and finally sampai dekat bridge which is the end point of hiking.



bridge again


itu Pantai Kerachut idaman Bhai.


 2 budak hitam. pergi main air. sorang cedera tangan. tapi tak serik-serik.


power la konon.

sebelum kena tegur. seronok mandi eh








lepas kena tegur tak boleh mandi dekat batu bawak diri main dekat gigi air je. alahai kesian anak siapa ni.







kelihatan nanny sedang memantau kegiatan kanak-kanak riang sambil mempraktikkan teknik imbangan atas batu.

mama buat apa?

 tidur! kroh kroh kroh.

dan kemudian bangun pergi bertapa bagi mengekalkan kecantikan dalaman. 


ramramramramramram

kegiatan-kegiatan kami tak makan masa lama pon sebab kruk kruk kruk perut dah bunyi jadi..

makang!


mula-mula decide nak hiking lagi on the way balik. tapi dapat offer orang ajak naik bot kan. buat apa nak susah-susah hiking ye dok. cewah, mula-mula sebelum hiking abang bot tanya nak booking bot tak, dengan angkuh bongkak jawab TAK. padahnya masing-masing tak larat dah. nasib baik ada student-uitm-sang-penyelamat.

bot janji pukul 1230 tapi lambat sampai. jadi kegiatan menunggu terisi dengan aksi-aksi ini.


crossline!


yeah! cacat like that.


Till we be here again. Bhai-Iqa-Sha-May.

bon voyage, guys. Pergi langkawi tu jaga diri baik-baik. Jangan bazir-bazir. Perangai syaitan tuh. kenang Mama dalan perjalananmu.