31 December 2012

Homestay @ Rumah Tumpangan di Melaka

Mana nak cari tempat bermalam yang selesa dan mudah dengan harga berpatutan di Melaka? Di sini lah tempatnya. Di Hanim Homestay, kami menawarkan pakej tempat bermalam yang istimewa untuk anda. Rumah penginapan yang lengkap dan strategik terletak di tengah-tengah bandaraya Melaka. Sesuai untuk percutian keluarga dan berlibur bersama rakan-rakan anda.



HANIM HOMESTAY & RUMAH TUMPANGAN
NO. 23, JALAN CEMPAKA 3,
TAMAN SERI CEMPAKA,
75400, MELAKA.



Bilik Utama

 Bilik Kedua


Bilik Kedua


Bilik Ketiga


Bilik Ketiga


Dapur


Ruang Makan


Ruang Tamu


Ruang Tamu

Kemudahan :
  • Bilik Utama (Air-cond) - 1 katil queen beserta selimut
  • Bilik Kedua (Air-cond) - 2 katil single beserta selimut
  • Bilik Ketiga (Air-cond) - 1 katil single beserta selimut
  • 2 Bilik Air (hot shower)
  • TV beserta Astro
  • Dilengkapi dengan peti sejuk, dapur gas, pinggan mangkuk, seterika, cerek elektrik, periuk nasi, kuali, periuk.
  • Boleh memasak
  • Tempat letak kereta berbumbung.
Lokasi: 
  • Terletak di Taman Seri Cempaka
  • Bersebelahan dengan Melaka Sentral, TESCO, JUSCO AEON BANDARAYA MELAKA, MYDIN.
  • 200m berhampiran dengan kedai, 7 Eleven, Bank, Klinik 24 Jam, Farmasi, Kedai Baju, Kedai Buku dan gerai makan 
  • 5 min (2.5km) menaiki kereta ke River Cruise/monorail di Taman Rempah, Kampung Morten (Kampung Tradisional), Taman Tema Air Pirate Park, Hospital Besar, Masjid Al-Azim (masjid negeri) dan Pasar Besar
  • 10 min (4km) menaiki kereta ke Bandar Hilir (tempat-tempat bersejarah)
  • 15 min (11km) menaiki kereta ke Zoo Melaka, Taman Buaya , Taman Rama-Rama, Mini Malaysia/Asean dan Melaka Wonderland.
Harga :
  • Hanya RM 150 untuk 1 malam
  • Cuti sekolah, Jumaat & Sabtu = RM 180
  • Check in = 2.00pm
  • Check out = 12.00pm
  • Untuk MUSLIM sahaja
Hubungi :
Selamat Bercuti! 

18 December 2012

Emotional Ticking Bomb

banyak benda kena sabar. marah kena tahan. sedih kena tahan. geram semua kena tahan. bila dah banyak kali warning, tapi jadi lagi insiden yang tak sepatutnya, mulah lah nak menyirap. bukan tak cakap. dah cakap banyak kali. tapi still jadi lagi. banyak reason yang dah didengar. mestilah, tiap kesalahan ada reason sendiri. tapi kesalahan yang sama, reason yang bermacam2 boleh jadi fed up nak dengar. bukan tak faham bahasa melayu mudah. kalau aku tak buat, kau jangan buat. kau jugak yang gariskan panduan itu panduan ini. larangan itu larangan ini. sampai masa, kau pulak yang buat semua tu.

bukan sifat aku nak mengongkong. sifat aku adalah mengikut. kau suruh, aku buat. kau larang, aku sekeras2 elak. sampai masa, kau sendiri buat. aku jadi menyirap. sebab kau larang aku dulu. bukan sebab aku tak bagi izin pada azalinya. sebab aku rasa teraniaya. kalau pada awal lagi kau tak set semua boundaries dalam hidup aku, aku okay je dengan semua perbuatan kau. jealous sikit tu aku boleh control lagi. 

satu kali kita kena warning, cuba take note. ingat dalam otak tu. jangan ulang lagi. jangan sakitkan hati orang. tapi jadi lagi. bila turn kita salah, dimarahnya bagai sampah. tak guna langsung jadi orang rasanya. bila part kita marah, hurmmm.

mungkin ini tradisi aku. bila marah, aku diam. aku pendam. aku cuba rasional diri aku dengan kesan yang akan jadi lepas aku mengamuk dan meletop. dalam proses aku diam tu, aku tak boleh tahan. aku berperang dengan diri aku. nak meletup ke taknak. nak marah balik ke taknak. so, bila masa aku dipaksa bagitahu apa yang aku marahkan, aku prefer diam sambil fikir macam mana aku boleh jadi tak benci dengan semua ni. tapi diam aku disalah erti. dianggap tak ambik endah dengan apa yang diajukan. kutukan dan makian masa sesi pendiaman aku tu jangan ceritalah. aku buat tak dengar. sampai masa aku meletop, jangan kau sekat apa yang aku khabarkan. tadahkan saja. 

satu perkara lagi, keadaan bila kita tak sama tahap. mungkin kecerdasan kau lebih tinggi dari aku. aku sedar aku bukan serajin manusia biasa. tidak rajin. tapi sekurangnya-kurangnya aku punya idea. aku punya kefahaman sendiri. aku bukan tin kosong. orang tua aku beri aku pendidikan. engkau sewenang-wenangnya mentertawakan aku dengan tindakan aku. dengan apa yang aku cuba sumbangkan. kononnya aku salah. idea tak bagus. banyak lah yang kau "tapi" kan.

pada awalnya aku rasa, ye kau memang betul. aku tak patut cakap macam tu. tapi sampai satu tahap, bangkangan kau tu tak berasas langsung, aku rasa kau hanya nak merendah-rendahkan keputusan aku. bila masa keputusan aku betul, kau buat tak tahu. lebih menyedihkan aku, aku dianggap tak menyumbang apa-apa. dan aku diketepikan. segala apa yang berkenaan dengan aku semuanya tak bagus, tak baik, susah, salah dan sebagainya. maaf kalau aku tak layan butir percakapan kau. sebab aku jelik dengan cara pemikiran kau. maaf.

haih entahla. aku pun sendiri tak tau apa yang aku buat ni betul ke tidak. menceritakan disini. siapa lagi nak nak dengar rintihan aku ni. mak? ayah? kawan? laki? tak perlu. sebab aku yang rasa. mereka tak faham. aku berada dalam satu situasi yang mana aku dengan Allah saja yang tahu. memang nasihat berbakul-bakul yang aku dapat. tapi nak laksanakan dengan memuaskan hati semua pihak, amat susah. semua pihak bercanggah antara satu sama lain. aku yang di tengah ni, layankan je lah. 

orang kata, hidup ni kena banyak memberi daripada banyak menerima. semoga apa yang aku beri ni, menggembirakan semua orang. mungkin semua tak dapat faedah dari pemberian aku. mungkin juga pemberian aku ni tak disukai oleh orang. aku mintak maaf. aku tak punya harta yang banyak untuk menggembirakan orang. aku tak punya ilmu yang hebat untuk disumbangkan. aku cuma ada kurniaan fizikal untuk aku berbakti. aku cuma punya hati sekeping hati untuk memberi simpati dan empati pada manusia. dimana nilai akhir yang aku harapkan ialah sebuah senyuman kebahagiaan pada diri setiap individu. Cukup orang senang dengan kehadiranku dalam hidup mereka. cukup itu. 

kalau bahagia itu bukan milik aku. aku redha. 

maaf aku tak memburukkan sesiapa. biasalah kita kecewa kerana kita sayang. aku cuma nak kita semua jauh dari penyakit hati. Aku sayang insan yang aku maksudkan semua ni. Sumpah aku sayang. aku taknak hilang mereka. kehilangan itu amat perit. maaf semua sayangku.

07 December 2012

Pangkor With Love

Few weeks ago, i went to Lumut as I was invited by Nik Iqa  visiting her sister. It's been many times Kak Long invited me to her house but only this time I've got the chance to come over to Lumut. I wonder why what so hard to go all this time. Then, I went to Lumut and have so much great times with Nik Iqa's family.

We went to Pasar Malam twice. Wow! Ek eleh, pasar malam je.. Well, u'll never know how Pasar Malam is  heaven to me. There are some kuih that i never expect to be sold there and i just grabbed them. For example, kuih cucur yang warna coklat tu. Mak Long selalu buat, jarang jumpa orang lain jual. and kuih cakuey, how it is spelled i dont know actually. cakuey pun okay la janji paham kan.

The first day I went there, I was a lil bit of homesick. Hahaha! Macam pergi asrama je. Got no mood because mom and Dad were not around. Yeah, I'm always like that. it's like whenever I go to new place I've never been without my parents, I'm kinda homesick for a little while. But then, when I start to adapt myself, nahhh kau menggila lupa mak bapak dahh.

and for the first time I went to Pangkor with Nik Iqa's pact. I never believe I went there actually because no guardian to guide us. HAHAHA ingat kau kecik lagi ke Ain Amirah. In fact, I brought along children there. Oh My!!! I'm the guardian! here some the pictures we've taken there.



Before departure. RM10 for adult and RM6 for children. Yes, RM10 pergi dan balik. We took ferry from Lumut because it much cheaper than having ferry from Marina Island.




this is when we were not ready. Really shows how we are behind the camera actually. Sorang suka senyum, sorang suka bercakap tak berhenti dan sorang lagi....em sedang layan diri sendiri.




We are here bebeh.




Before hop on the ferry. Saya memang gergasi antara semua makhluk seantero dunia. Ada mak kisah? (Sebenarnye mak kisah nok)




in the ferry. Isya (on my right) was feeling sick that time but she doesn't seem like one kan? awesome adik kakak ni..






this is aliaa. She's not much in the pictures. She's the one who always snap our pictures. She's nice i tell u.




Women behind the trip. kikiki. Si model memang terserlah sifat kemodelannya. si tudung pink terpaksa posing persis ibu-ibu.




It's very nice sightseeing at Pangkor.




Irwansyah is sort of photogenic kan? Muka innocent je senyum. Yang model tetap pose model. Isya and Me hanya prop sahaja -,-

Irwansyah suka sangat ambil gambar dengan orang. tengok haa sampai tak sempat-sempat nak masuk gambar orang. haha




on our way back home.



Nik Iqa and me



I'm having a great time at Lumut. getting to know new people is really a magnificent experience. Thanks Nik Iqa for lending me her family to cheer me up on the weekend. looking forward for next sweet escape :)