28 February 2012

Itu ke Warna dia?

Lepas kuliah mestilah nak pergi makan kan. On my way back, I was amused with I watched just now..



tadaaaa.....




itu apa yang atas jalan tuh? perabot ke? haha no offence. kreatif betul malaysian ni. dah macam meja bergerak pun ada gak kereta tu.

26 February 2012

Earpick

mari berbicara mengenai kebersihan. which part? telinga! sebab saya baru lepas mengorek telinga selepas seminggu baru teringat nak korek. bila dah rasa pekak baru teringat ye dak. tiap kali melakukan proses mengorek ni saya selalu teringat insiden ini :


haduh, bestnya korek telinga.....
eh, may buat ape tuh?
korek telinga, kak
pakai mende tuh?
ouh ini pengorek telinga la. may tak suka pakai cotton bud. so may pakai ni.
ouh macam mane guna tu?
korek je la bagi dia keluar. lapang lubang telinga tau. akak try lah beli 1. pakai cotton bud pun may dengar tak berapa bagus. 
ou ok. yang dekat tisu yang kuning tu apa?
.......... -,- (nak jawab ke?)


sebenarnya saya pun tak tahu apake namanya benda tuh. dulu saya panggil spatula. tapi tadi saya google spatula, gambar yang keluar tu membuat saya takut nak guna untuk korek telinga.

hoi gila apa pakai sudip?!

rupanya nama dia earpick. atau kita boleh panggil dia earwax cleaner. tapi sebelum pakai mestilah make sure ianya bersih. sterile-kan dulu pakai sanitizer ke, celup air panas ke takpun paling busuk malas pun basuh la dengan air sebelum guna. so far saya selesa menggunakan earpick dari cottonbud. you know, there's a lot of incidents which the cotton is left in the ear canal after using cotton bud. this is sound funny but actually it is totally not funny at all. panik adalah tahu tak? there was a time my dad was using cotton bud and the cotton is left inside his ear canal. kitorang semua gelak lah tapi my dad yang mengalami benda itu terus muka merah dan marah kami semua sebab dia panik. and kitorang pun bersungguh nak tolong tapi lubang telinga kan kecik, mana boleh 5 orang sekali tertumpu kat lubang telinga nak tolong my dad kan. kesian Encik Stephen. i don't know how Puan Elizabeth did that but thank God it came out from the ear canal. pakai twizzers kot. since then we're not using cotton bud anymore. tapi beli jugak cotton bud for any other cases.see how bad it is? jadi, apa benda earpick itu? mari!

ini earpick yang saya pakai. simple and just nice to use. bulat-bulat kat belakang boleh buat cucuk hidung kucing. tapi sebenarnya earpick ni dah mengalami revolusi. bermacam-macam style ada dekat pasaran sekarang. seperti :



earpick violin. violin ke gitar ni? sesuai untuk pemuzik-pemuzik tanah air


earpick rabbit comel. sesuai untuk kanak-kanak. jangan mereka telan dah la..


ini juga comel. sad to say, i'm not into all these cute stuffs. so...... yes ia comel untuk anda.


ini earpick lagi canggih ada led siap. boleh suluh macam-macam yang ada dalam telinga. ketuat ke ketumbit baru tumbuh ke. boleh nampak.

ini earpick ada bateri kalkulator ni tak tahu la apa function dia. tapi nampak gaya macam multifunction juga. ini mesti mahal. 

ini kita boleh panggil dia down-to-earth-earpick. nampak plain dan simple sajo.


ini yang beli banyak-banyak sangat ni nak buat apa? hantaran? (amboi jahatnya mulut)



sempena hari kekasih tahun depan, tahun ini lagi I hadiahkan U earpick. lambang cinta kita. U satu I satu. I sweet kan? tahu......



Earpick Maharani. boleh juga dibuat hiasan telinga sekali pakai dengan cucuk sanggul. haaa! kita boleh buat tajuk filem baru. Earpick Beracun. Nantikan.....



aloh comel sangat. boleh buat pistol main tembak-tembak. pui pui pui pui! mati..... X_X

ok last last. ini earpick screw. drrrrrrrrrrrrrrrr rr rr rrrr. ha rase tak macam mana penggunaan dia? rasa je kan tapi tak tahu macam mana nak guna kan? haa, sama lah kita!

sumber gambar : Google

25 February 2012

Easy A

I watched this movie last night. I'm so turned on. This movie is very positive. I suggest you to have this to watch. Plus, Emma Stone is really cool and cute! 

P/S: Penn Badgley ada versi Malaysian tak? kasi satu!

24 February 2012

Lecturer Buat Hal

what i want to say for the last 2 entries before is, I have clash with my lecture timetable between Plant Physiology and Differential Equation. Both are two courses which I need to take this semester and they are totally from different schools. From Biology and Mathematics School. Obviously I'm from Education schools need to attend the lectures both as i'm majoring in Biology and Minoring in Mathematics. It's clear enough why I need to go lectures from another schools? I hope it is. (Schools refer to faculty for other universities, but here in USM we called them schools). 


This clash-things often occurs for Education students who need to deal with 3 schools usually in order to fulfills all the courses for graduation. So, we have to arrange well our timetable for the whole 8 semesters. But unfortunately it happens to me this semester. Thing gets worst when Dr H, who teach me Plant Physiology this semester won't tolerate with Education students. At first, we suggest we change the time for 1 hour lecture a week. Usually we discuss with the whole lecture's student which time can we fix the free slot. But she refused to do that. Ok to be clear this is what actually happened :

We: Dr, we have problem with the timetable which clash with...
Dr H : U education students kan? STUDENT EDUCATION BOLEH BLAH!!  No, I can't entertain student education. kalau student Biology tu lain lah... bla bla bla..
We : OK, ok.. If that so, boleh tak kami minta pelepasan untuk pergi ke kuliah satu lagi yang clash tu. kami tak pergi kuliah 1 jam seminggu.
Dr. H : boleh, tapi saya akan bar awak dari ambil final exam la macam tu. awak tak datang kelas saya. kami ni dah la nak bagi awak ilmu tapi awak demand pulak. awak tu dah la menumpang je, nak meminta lebih-lebih. kami ni tuan rumah, awak datang dan meminta-minta. how is that? i memang tak layan students education. sebab student education yang tiap-tiap tahun buat trouble..... bla bla bla
We: ok ok ok we're good. ok cool. (lalu blah)

how unfair is that? apa kami ni bukan student USM jugak? apa kami tak bayar yuran? sistem USM memang macam ni kenapa layan students ikut school pulak kan. You should thank a teacher for what you are now. Dia tak boleh cakap macam tu. All the deans have been agreed with the system. Till when we the students have to face this? She's just a lecturer. She has no rights to scold and blame us. Dia susahkan ramai orang, kelak Allah susahkan dia baru dia tau. Memang payah kalau kita di bawah nak lawan dengan orang di atas. tapi dia kena ingat, dia tidak selalu sentiasa di atas. ok cukup dengan itu walaupun tak habis nak sedih lagi ni. 


so, kami cuba minta timbalan dekan school kami untuk tidak mengambil kursus itu dan gantikan dengan kursus biology pilihan lain. tapi tidak dibenarkan sebab kursus Plant Physiology adalah kursus teras perlu. huh, terpaksa kami ponteng kuliah Different Equation dan masuk kuliah DR. H. the sad part is, lecturer who teaches Different Equations are very good and understandable (suka hati nak understandable). once you didn't attend the lectures, you'll lost. I need to work hard on this course and find the good references. anyway, we didn't read Mathematics. We need a tutor to guide us. I know my limit. I'm not that smart. *sigh*. Now, i lose hope to study. the spirit that i should keep is flew away. But somehow I'll find the courage to stand strong in this situation.


This is the reason why I didn't call my mother. I've been crying for the whole week even I realise that's not helping. And I don't want to do it in front of my mother. I just pray that nothing's bigger problem would come to our final exam result. Semoga hati saya redha nak belajar. Semoga semua perkara ini tak menjatuhkan semangat saya untuk berjaya semester ini. Sudah banyak kekecewaan yang saya hadapi. kalau saya nak putus asa dari dulu lagi saya dah buat cuma bukan sekarang. Saya percaya setiap usaha yang saya laburkan akan mendapat habuan yang baik. cuma cepat atau lambat saja. saya kena perbanyak doa, dekatkan diri dengan Allah. Dugaan ini besar buat saya. tapi saya percaya ada selagi saya ada Allah, saya takkan gagal dalam kehidupan. saya masih ada tempat bersandar. mungkin ini disebabkan dosa-dosa lampau saya. InsyaAllah saya baiki diri. Jika ini hukuman saya, saya terima. tetapi jangan menghukum ibu bapa saya. Mudah-mudahan.

23 February 2012

Sinar Baru

senah, datang bilik kak jah malam ni. ada good news milah nak bagitau ni. ajak sekali timah. sesaper lagi yang nak kamu ajak, ajak je le ye. 

milah: pung pang pung pang pung pang pung pang.. alhamdulilahh. bla bla bla bla.... hikhikhik. krup krap krup krap krup krap tak patut betul! ting tang ting tang ting ting ting alexander.... ok set! esok kay?

p/s: semoga dipermudahkan urusan esok pagi. Semoga Allah merahmati pembelajaran kami sepanjang di USM.

22 February 2012

Mother Know Best

I finally I talked to my mum about the problem i'm facing. Illiy said, "call la mak kau minta dia tolong doa. Doa ibu ni makbul." I rarely confess my problems with mother because well, who want to see their mother in worry? I called my mum just now. She said, lately since i'm not at home, she always hear me calling her. Like I used to do when i wake up in the morning I usually looking for my mum. Like I called her when I want my mother to watch tv with me.

And there.... I told my problem regarding the prof I wrote in the last entry. She said, don't worry just do dzikir and praise to Rasulullah (p.b.u.h.). always dzikir Ya Latiff, Ya Rahman, Ya Rahim. Hoping that my prof will change her mind. InsyaAllah. Thank you, mother. You always know how to comfort me.


21 February 2012

They Can Be Considerate But They Prefer Not To

ish tak lepas lagi ni tak lepas lagi ni. tersimpan kemas dalam hati ni. semoga permudah segala urusan sem ni. semoga Prof Hasnah lembut hati nak tukar waktu kuliah. Kalau tak tukar, tak tau lah nak jadi apa. Tak sanggup saya nak extend. Sudahlah course ni dah 4 tahun. Tak baik tau racist-racist ni prof. Student Biology ke student education ke, semua sama saja nak menimba ilmu dari prof. Apa salahnya kita berbincang dulu. Apalah agaknya imbuhan jika Prof bandingkan kami student-student ini. Apalah agaknya dosa student education ni. Tolonglah consider keadaan kami. Tinggal sem ni saja yang boleh kami ambil kursus tu. Rasa teraniaya sungguh bila prof cakap kalau student Biology boleh saya consider. ssssss sungguh memilukan.

Asek menangis je ye 2 3 hari ni. banyak sangat masalah yang datang. Saya teringat kata-kata Zuno, "rasa banyak sangat dugaan bila baru nak berubah ni, May". Oh well, ini mungkin dugaan saya. Kena banyakkan doa. Jangan mudah mengalah. Alhamdulilah, Allah sudi bagi dugaan pada saya. Allah duga maksudnya Allah sayang lagi pada kita. Aku bersyukur padaMu Ya Allah.

20 February 2012

Hari Jadi

18 Februari 2012 genap 22 tahun Nabil Saharuddin, wajah kesayangan saya. Alangkah bahagianya jika kami masih lagi dapat meneruskan alam dewasa ini bersama-sama. Tapi sudah masa Nabil kembali kepada Yang-Lebih-Menyayangi, saya hanya mampu redha. Semoga arwah Nabil sentiasa tenang di sisi Allah dan ditempatkan di kalangan orang beriman. InsyaAllah.

Rindu. perkataan rindu tu tak cukup nak menggambarkan kerinduan saya pada Nabil. Setiap saat, setiap waktu saya menanti kepulangan Nabil. Tapi saya harus bangun dari harapan palsu itu. Hakikatnya Nabil pergi tak kembali. Nabil berada di tempat sepatutnya kita kembali. Terima kasih kerana hadir dalam hidup ini.

Mungkin saya terlalu menyayangi, terlalu mengambil berat, terlalu memberi perhatian, sehingga bila tiba masanya, saya terlalu sakit menerima kehilangan. Itulah, sepatutnya kita mencintai seseorang itu cukup dengan bersederhana, jangan berlebih-lebihan. Degil.

Tapi saya tak pernah menyesal menyayangi arwah Nabil. Malah, ia menjadi suatu perkara yang paling manis mempunyai Nabil dalam hidup saya walau sekejap saja Allah pinjamkan.

Dudu, do well there. My prayers always be with you. I know you're now happy with Ibu and Ayah. You are the luckiest person to be called by Allah. If I do wrongs to you since we met till you're gone, i owe you huge apology. May I could do something that can make them clear. You know I love you. Happy Birthday, My Dudu.

p/s: Give me 1000 handsome guys, I only see your face.

19 February 2012

Melawan Arus

Baru saya perasan, orang bergambar menghadap pantai. gambar header saya pula membelakangkan pantai. ahh, apa salahnya melawan norma ye dak. cik normah, mak pesan minyak kelapa 2 bungkus! eh, dengan eskem jagung ni sekali. nampak sedap je. 

p/s: norma dengan cik normah bukan sedara mara.

Penatlah Buat Header Susah Payah Kalau Private Blog.

haah memang nak buat title entri panjang-panjang pun.
dulu bila orang panggil saya bodoh, saya tak terasa pun. sebab dulu saya pandai. best student tu dah tiap tahun dapat. *cough*. tapi era di Usm ni result merudum. seperti yang terterror dibawah. ohok! tertera di entri bawah. so sejak saya jadi bodoh ni belum ada orang panggil saya bodoh lagi kecuali macam ayat dibawah.

sakitlah, bodow!
bodow la kau ni, jangan kacau dia.
macam bodow je rupa kau pakai tudung ni.
diamlah, budus.

itu biasa kak, biasa. satu keadaan bila saya di caci bodoh beberapa hari lepas, saya termenung pandang dinding kosong. sentap awak tahu. kali ni terasa betul saya bila orang caci saya bodoh. lebih sentap bila pencaci mengatakan result dia lebih bagus dari result saya. oh oh oh sememangnya awak memang pandai. @_@ kehkehkeh. 

By, dulu kan bila orang panggil I bodoh, I marah tau sebab dulu I memang I tak pandai. Sekarang kalau orang cakap I bodoh I tak sentap dah. Sebab dia lagi bodoh. -Dudu

Lepas saya bertenang dan dah teringat untuk bernafas, Allah kurniakan semangat. sesungguhnya saya terasa diri tak pandai dengan result sem lepas. mungkin hati saya tidak sepenuhnya jujur dan ikhlas untuk menimba ilmu Allah. belajar untuk peperiksaan saje. mana mungkin ye tak? seterusnya saya sedar yang saya kena berusaha lagi. InsyaAllah saya akan berusaha lebih untuk sem ni. dan banyakkan doa. ini kadang-kadang pun subuh gajah. Mungkin Allah ingin sampaikan teguran itu menerusi saudari tersebut. pernah juga saya baca, sekiranya orang menegur, jangan kita berkecil hati. itu cara kita membaiki diri sendiri. terima kasih saudari.

dalam karangan saudari berbentuk text mesej itu pun ada diselitkan "tak payah la kau berlakon baik" (lebih kurang begitu ayat dia). saya memanjatkan syukur kepada Ilahi sekiranya perkataan baik itu ditujukan kepada saya. saya tidak pernah memandang diri saya ini baik. tiap hari saya cuba nak baiki diri sendiri supaya jadi lebih baik dari semalam. Alhamdulilah lah jika saudari tersebut yang perasan perubahan saya. NIK IQA, BHAI, ILLIY, kenapa korang tak tegur perubahan aku??? ngehngehngeh. (nye nye) << Is this the correct spelling? nobody cares.

dipetik dari twitter rakan-rakan seperjuangan :
  • kalau nak dapat dekan jangan masuk USM
  • penat aku study ingat dapat  dekan sem ni sekali result keluar dapat pointer 2 lebih ja.
We No Zombie But Unicorn Born By USM.

p/s: jangan pernah lupa Allah disisimu. jangan pernah putus asa mencari keredhaanNya. U NO FOREVER ALONE.

16 February 2012

Cuaca Buruk

tarik nafas...hembus! tarik nafas....hembus! tarik nafas....hembus! tak nangis tak nangis tak nangis tak nangis tak nangis.

ku sangka kan panas hingga ke petang rupanya ribut petir waktu brunch. ku sangka dapat gred yang munasabah rupanya...tengok sajalah yang tertera. tak nangis tak nangis tak nangis tak nangis.

sem lepas lain punya semangat nak belajar. lain punya berkorban cuti nak belajar. lain punya pulun nak belajar. tapi lain punya outcome yang dapat. mungkin Allah belum nak bagi rezeki lagi. Sem depan barangkali. 

Ni belum nak keluar bilik nak bagitahu Puan Elizabeth lagi ni. nak kena mandi dulu, rupa kena presentable, layan sama-sama cerita korea dia tuh doihhhh ini paling tak suka. baru tunjuk gambar di atas. bagitahu guna lisan, itu jalan yang merbahaya. 

kbai nak nangis tepi katil dulu.

p/s: alhamdulilah

Bila Saya Cakap........Saya Maksudkan........

hai esok dah boleh keluar result final exam. kikiki cuak. bila saya cakap kikiki maksudnya di alam realiti memang saya tengah ketawa sambil tutup mulut. entah esok macam mana lah ekspresi yang saya keluarkan. Puan Elizabeth selalu cakap, hmmmm memang keturrr rupanya penyakit takut ni. bila saya cakap keturrr maksudnya adalah keturunan. penyakit takut ni bukan perkara asing dalam keluarga kami.

hai dah nampak tak header  dan baju baru blog ni. dah lama tak buat kerja ni dekat satu pertiga malam jugak setting mende ni. hoi dia puya leceh edit resize upload, edit resize upload, edit resize upload. beratus puluh kali jugak la. bila saya cakap beratus puluh kali maksudnya bilangannya memang tak terkira dek jari. dan dan dan saper tak nampak header saya???? bila saya letak banyak tanda soal maksudnya saya tanya sambil mengjenggilkan mata. itu final header saya sebab dah give up nak resize picture lagi. 

well, tiba-tiba jadi rajin pulak nak update je blog ni ha kan. mungkin roh saya yang dekat USM tu dah datang menjemput jadi makin rajinlah online lepas ni. itu je lah kerja kat USM tu. bila saya cakap kerja saya maksudkan 24/7 saya akan lakukan aktiviti ni kecuali kes-kes emergency seperti nak berhadas ke nak berdengkur ke. haa cam tulah kaedahnya. bila saya cakap kaedahnya saya maksudkan begitulah caranya.

hah! sudah-sudahlah tu. esok kalau result ok saya update. kalau kurang ok pun mungkin saya update. tapi selama 5 sem lepas tak pernah pun update result. ahhhhh! biarkan saja. bila saya cakap biarkan saja saya maksudkan....sebenarnya I already lost my words. ok bye!

14 February 2012

Watak Sebegini Ku Perlakonkan

Event terbesar dalam waktu cuti semester ni saya rasa hanya hari jadi saya. paling besar la. Yang lain biasa-biasa saja. Event bercuti satu famili ke Terengganu itu biasa-biasa saja. Walaupun saya paling tak hingat dunia shopping hamek gambar bagai. Event balik kampung kenduri-kenduri pun biasa saja. Walaupun saya yang terlebih aktif kalau jumpa sepupu anak sepupu mak sepupu ayah sepupu atok sepupu. Event pergi jalan-jalan ke Melaka pun biasa jugak makan nasi bertambah-tambah tu biasa. Aiskrim special, coconut shake itu biasa. Pergi planetarium tengok Shed Musapar pun biasa. Pergi ke Batu Pahat main shopping-shopping facial product itu juga biasa. Semua BIASA.

*Kita tak menduga, dari kenalan lahir sayang......* iklan lagu Ziana Zain yang tengah berkumandang di cuping telinga.

Dalam famili saya tak da nak grand-grand nya sambut birthday ni. Paling best pun hari tu Encik Stephen @ dewa ayah @ ayah saya belanja kepsi. 

"Ain besiap lepas ayah kerja kita pergi kepsi. Ayah belanja Ain makan" - you did that everyday since 22 years ago, dad. -.-

dan Puan Elizabeth @dewa mak @ mak saya bagi hug and kisses awal pagi time belum sempat nak gosok gigi lagi. jadi petang kami sambut dengan masing-masing melahap kepsi. itulah paling grand pun. cuma pernah la sekali tu birthday yana mak buat party sikit panggil budak-budak dekat Segamat. Budak yang saya maksudkan tu umur lingkungan 7 tahun ke bawah. Masa tu umur yana 19 kalau tak silap. meriah kan? oh ada gak birthday party Boy mase umur dia 3 tahun sebab tahun tu tengah menular virus birthday party dekat kejiranan saya. hari ni rumah sebelah, esok rumah atas, lusa rumah depan pulak, tulatnya selang 4 rumah dari rumah kami. Itu dipanggil trend.

In summary, birthday kali ni sebenarnya tak la sebesar mana. hanya hari yang biasa macam semalamnya pulak.setiap tahun saya rasa semakin muda. 22 bukan angka yang besar. Siapa cakap besar?! Diam! cakap dalam hati je.. hakikatnya badan ni dah rasa tua. sakit sana sakit sini. long journey pun dah mengeluh-mengeluh. Mata pun dah rabun. Asek batuk-batuk. Dress up pun hanya kain batik lawan ts suicide silent. Rambut dah berubah warna. Dengar pun muzik jazz je sekarang. jadi bayangkanlah nenek usia 83 sedang taip entri sekarang. Kena majukan bisnes ukhrawi macam ni.

p/s: orang nak post pasal birthday, awak pun nak jugak. btw, tajuk entri diambil sempena lagu Hafiz- Watak yang sedang berkumandang. no idea.