18 December 2012

Emotional Ticking Bomb

banyak benda kena sabar. marah kena tahan. sedih kena tahan. geram semua kena tahan. bila dah banyak kali warning, tapi jadi lagi insiden yang tak sepatutnya, mulah lah nak menyirap. bukan tak cakap. dah cakap banyak kali. tapi still jadi lagi. banyak reason yang dah didengar. mestilah, tiap kesalahan ada reason sendiri. tapi kesalahan yang sama, reason yang bermacam2 boleh jadi fed up nak dengar. bukan tak faham bahasa melayu mudah. kalau aku tak buat, kau jangan buat. kau jugak yang gariskan panduan itu panduan ini. larangan itu larangan ini. sampai masa, kau pulak yang buat semua tu.

bukan sifat aku nak mengongkong. sifat aku adalah mengikut. kau suruh, aku buat. kau larang, aku sekeras2 elak. sampai masa, kau sendiri buat. aku jadi menyirap. sebab kau larang aku dulu. bukan sebab aku tak bagi izin pada azalinya. sebab aku rasa teraniaya. kalau pada awal lagi kau tak set semua boundaries dalam hidup aku, aku okay je dengan semua perbuatan kau. jealous sikit tu aku boleh control lagi. 

satu kali kita kena warning, cuba take note. ingat dalam otak tu. jangan ulang lagi. jangan sakitkan hati orang. tapi jadi lagi. bila turn kita salah, dimarahnya bagai sampah. tak guna langsung jadi orang rasanya. bila part kita marah, hurmmm.

mungkin ini tradisi aku. bila marah, aku diam. aku pendam. aku cuba rasional diri aku dengan kesan yang akan jadi lepas aku mengamuk dan meletop. dalam proses aku diam tu, aku tak boleh tahan. aku berperang dengan diri aku. nak meletup ke taknak. nak marah balik ke taknak. so, bila masa aku dipaksa bagitahu apa yang aku marahkan, aku prefer diam sambil fikir macam mana aku boleh jadi tak benci dengan semua ni. tapi diam aku disalah erti. dianggap tak ambik endah dengan apa yang diajukan. kutukan dan makian masa sesi pendiaman aku tu jangan ceritalah. aku buat tak dengar. sampai masa aku meletop, jangan kau sekat apa yang aku khabarkan. tadahkan saja. 

satu perkara lagi, keadaan bila kita tak sama tahap. mungkin kecerdasan kau lebih tinggi dari aku. aku sedar aku bukan serajin manusia biasa. tidak rajin. tapi sekurangnya-kurangnya aku punya idea. aku punya kefahaman sendiri. aku bukan tin kosong. orang tua aku beri aku pendidikan. engkau sewenang-wenangnya mentertawakan aku dengan tindakan aku. dengan apa yang aku cuba sumbangkan. kononnya aku salah. idea tak bagus. banyak lah yang kau "tapi" kan.

pada awalnya aku rasa, ye kau memang betul. aku tak patut cakap macam tu. tapi sampai satu tahap, bangkangan kau tu tak berasas langsung, aku rasa kau hanya nak merendah-rendahkan keputusan aku. bila masa keputusan aku betul, kau buat tak tahu. lebih menyedihkan aku, aku dianggap tak menyumbang apa-apa. dan aku diketepikan. segala apa yang berkenaan dengan aku semuanya tak bagus, tak baik, susah, salah dan sebagainya. maaf kalau aku tak layan butir percakapan kau. sebab aku jelik dengan cara pemikiran kau. maaf.

haih entahla. aku pun sendiri tak tau apa yang aku buat ni betul ke tidak. menceritakan disini. siapa lagi nak nak dengar rintihan aku ni. mak? ayah? kawan? laki? tak perlu. sebab aku yang rasa. mereka tak faham. aku berada dalam satu situasi yang mana aku dengan Allah saja yang tahu. memang nasihat berbakul-bakul yang aku dapat. tapi nak laksanakan dengan memuaskan hati semua pihak, amat susah. semua pihak bercanggah antara satu sama lain. aku yang di tengah ni, layankan je lah. 

orang kata, hidup ni kena banyak memberi daripada banyak menerima. semoga apa yang aku beri ni, menggembirakan semua orang. mungkin semua tak dapat faedah dari pemberian aku. mungkin juga pemberian aku ni tak disukai oleh orang. aku mintak maaf. aku tak punya harta yang banyak untuk menggembirakan orang. aku tak punya ilmu yang hebat untuk disumbangkan. aku cuma ada kurniaan fizikal untuk aku berbakti. aku cuma punya hati sekeping hati untuk memberi simpati dan empati pada manusia. dimana nilai akhir yang aku harapkan ialah sebuah senyuman kebahagiaan pada diri setiap individu. Cukup orang senang dengan kehadiranku dalam hidup mereka. cukup itu. 

kalau bahagia itu bukan milik aku. aku redha. 

maaf aku tak memburukkan sesiapa. biasalah kita kecewa kerana kita sayang. aku cuma nak kita semua jauh dari penyakit hati. Aku sayang insan yang aku maksudkan semua ni. Sumpah aku sayang. aku taknak hilang mereka. kehilangan itu amat perit. maaf semua sayangku.

No comments: