28 April 2013

Satu Tahun Baru Nak Tumbuh Gigi

aku jenis tak percaya pada Love At The First Sight. Pada aku itu macam dalam cerita sangat. tapi kadang-kadang aku kena terima hakikat yang cerita aku semuanya macam dalam cerita. cerita disini aku maksudkan cerita dalam tivi. yang drama swasta tu kat tivi 3. aku tak suka tengok drama sangat sebab Encik Stephen tak bagi. tapi Puan Elizabeth dan kakak2 aku curi2 tengok time Encik Stephen pegi keje.

Aku rasa sejak aku berkecimpung dalam dunia perhubungan dengan Along ni, aku selalu pikir dari bila aku suka pada si Along ni. sejak bila officialnya dia jadi pasangan aku ni? jadi aku rewind sehari demi sehari demi sehari sampai satu tarikh yang aku sendiri tak tau bila.

Dulu, aku rasa aku ni star gila sebab dapat 5A UPSR. dalam rasa ke-star-an aku ni, tak sangka dalam family aku ada seorang lagi makhluk yang dapat 5A dalam UPSR ni. jadi, tahun tu aku terpaksa berkongsi rasa star aku dengan beliau. yes, orang itu bernama Along. dari situ aku sedar akan kewujudan Along dalam hidup aku. Dulu dia ni cecomel la jugak. yang aku ingat kepala dia ni besar, badan kecik. 

sebabkan dia ni selalu jadi tumpuan sebab jadi cicit sulung nenek aku, dan kebetulan dia comel sikit dari aku, jadi aku kategorikan dia ni hot setaf. nampak budaknya macam baik je selalu ikut mak bapak pegi mana-mana ikut je. suruh duduk, duduk. suruh minum air, minum. suruh bersila, bersila. aku pulak jenis main sorang-sorang. kadang-kadang aku main dengan kakak2 aku. kadang2 bergasak dengan sepupu2 main dekat tanah. tapi kitorang tak geng dengan si Along dan adik-adiknya. padahal Mr. Stephen dengan ayah Along amatlah rapat. Puan Elizabeth pun suka lepak-lepak dengan Kak Hanim a.k.a mak si Along ni.

semenjak tahu akan kewujudan si-comel-kepala-besar-badan-kecik ni, aku pun selalu la usha-usha Along ni. Bila dia ada saja kat mana-mana yang family aku ada, aku start la meliar mata aku cari Along. time tu aku darjah 6 tapi dah ada perasaan pada yang berlainan gender ni. maaf, aku memang cepat gatal. aku memang suka tengok Along. tak tau apa sebab. tapi dia ni sombong. bukan nak kawan dengan aku. kawan dengan handphone je. aku mana lah ada handphone time tu. Pernah jugak terpikir macam mana lah kalau aku kawin dengan dia. mesti dia tak nak. sebab aku nakal kecik2. lagipun kita mana pernah bercakap. sepatah pun tak pernah. macam tak kenal je.

perbuatan itu berterusan sampai lah aku mula ada facebook dan saudara-saudara tengah galak meng-add masing-masing. dan Along yang add aku dulu. (kau jangan tak mengaku). mula lah berani komen-komen, post-post wall. tapi masih lagi tak berani bercakap sepatah pun. galak berborak dalam social network je. realitinya kalau jumpa, buat tak kenal. malu laaaa.

tapi sekarang entah dari mana datangnya, aku dan Along semakin hampir nak bina masjid kami. cuma masa dan keadaan belum sesuai. mungkin sekarang aku kena mengaku yang Along lah Love At The First Sight' aku dari kecik. aku mengaku Along bukan yang pertama, tapi tempat Along dalam diri aku macam dah ditempah dari dulu. Cuma masa saja yang belum bagitahu. 

terima kasih sebab teman aku sepanjang setahun ni. baru setahun. aku tak pernah bercinta selama macam ni. ada saja yang menghentikan hubungan aku. tapi kali ini aku harap yang menjadi terakhir buat aku, yang menjanjikan yang terbaik untuk aku sampai bila-bila. maaf aku tak dapat ada sebelah kau nak tiup lilin sama-sama, nak bertukar hadiah bersama, nak makan pandang mata kau dan dihalang dengan lilin kat tengah. 

terima kasih hadir dalam hidup aku. terima kasih ceriakan hidup aku. terima kasih sudi marah herdik aku bila perlu, terima kasih atas setiap sabar kau pada aku. susah nak jumpa lelaki hati lembut macam kau. pasangan kau mestilah perempuan hati keras macam aku. kalau dua dua lembut mana datang drama kan? terima kasih buat aku senyum dah ketawa kembali. buat aku bangun dari rasa putus asa. terima kasih buat aku angau dengar sengau kau hari-hari. dari mana datang rasa sayang pada kau, aku pun tak dapat jawab sampai sekarang. aku rasa tak perlu untuk aku tahu. cukup untuk aku tahu yang setiap hari makin tebal sayang aku kat kau. cukup kenyang dengan itu. semoga datang hari bahagia yang aku idam dengan kau.

ini baru yang pertama. kita ada lagi banyak tahun bersama kan? InsyaAllah. Sayang aku pada kau hanya tuhan yang tahu.


cakap anak orang kepala besar lagi, sekarang kepala aku lagi besar dari Along. Daulat betol!

p/s: aku sayang kau tangki penuh. Selamat ulang tahun pertama!


Terbang Solo

petang tadi Dayana call aku cerita2 kosong je lah. bukan penting sangat pun. kalau penting pun aku dah lupa apa yang kitorang bincangkan tadi. call sekadar rutin harian. tapi sekarang dah tak harian lah sejak aku praktikal ni.

cuma isu yang kami bincangkan tadi pasal dia nak keluar tengok Iron Man dengan Zaimi. Bukan isu aku jeles  dia pergi tengok wayang sebab aku pun bukan fanatik wayang pun. aku pergi wayang pun sebab nak teman Bhai, takpun aku dah lepu (bosan) duduk dalam bilik. sebab tengok wayang ni aku rase membazir masa dan aku tak boleh berborak dengan orang sebelah.

cuma isu nya kat sini bila Dayana asyik cakap, 'eleh takpela yana nak keluar dengan Zaimi. kau tak tahu apa yana rasa. Yana tak macam kau. Setia. Orang suka kat kau. Along suka kau. Yana ni takde orang pun suka. orang datang pastu pergi macam tu je. tak tau kat mana silapnya. Yana kot yang tak baik.' 

aku pun terpanggil untuk menggunakan otak di hari Ahad ni. sebaik saja aku letak call, aku tak berhenti pikir. kalaulah otak aku pantas nak membidas kata-kata yana tadi....

sebenarnya aku tak mintak aku ada pasangan. ye sekarang aku berpasangan dengan seorang lelaki yang cukup senang aku gelar Along. apa yang aku mintak ialah hubungan yang mulia. hubungan suami isteri yang halal. hubungan yang dijanjikan syurga setiap kali aku mengekspresikan sayang aku. bukan hubungan yang berlandaskan nafsu saja. tapi aku kalah. iman senipis kulit bawang lah katakan. aku tewas dalam dunia percintaan yang mana hari2 aku merindukan yang belum halal buat aku. seksa pikir tahu tak? hari-hari aku doa moga-moga permudahkan jodoh aku. jauhi dari perkara-perkara keji. kira selamatlah kamu-kamu yang belum ada pasangan/teman lelaki/teman wanita.

mungkin dayana belum jumpa orang yang sesuai dengannya. memang lah, dengan usia yang meningkat dan takde boyfriend lagi memang cepat runsing nak cari boyfriend. tapi aku selalu cakap pada yana, sabar, dia ada di mana-mana. cuma lambat saje. jangan sedih pada orang yang datang sekejap-bagi harapan-dan blah tanpa berita. bersyukur lah dia pergi dari kau sebab mungkin dia bukan yang baik untuk kau. selalu yana cakap, 'mungkin sebenarnya yana kot yang tak baik. sebab tu orang tinggalkan yana.' tak! kau yang terlalu baik untuk dapat orang macam tu. mungkin Allah uji kesabaran kau saat ni. 

aku harap satu hari nanti, ada cinta sejati untuk dayana datang dengan sendirinya. tanpa dipaksa. yang datangnya dari entah mana. tapi bahagia dan berkatnya dirasa setiap masa. mungkin taqdir yana dapat percintaan lepas berkahwin. kita tak tau. bukan ke itu yang kita mahu?

p/s: selamat ulang tahun pertama, Along! Aku sayang kau. tapi aku sayang Yana jugak. share sikit boleh kan? 

19 March 2013

Emotional Ticking Bomb

yes i have started my practical session about 1 and half month ago. but i think it's too late to tell from the beginning what happened during first time teaching, first impression, students, the principal and all that. i don't think that is necessary now. (wow i sound so strict). what really i want to yell now is
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 I DON'T KNOW

today is horrible. my class started at 1240pm and as usual my 4S2 students went to the lab 15 minutes late!. come on 15 minutes. i just cant consider that. it's been a month and half. every single time they were late. I was running to their class at 3rd floor note that, running. ok. running. yes. running to the third floor. THIRD FLOOR. to invite them to go the lab. as i reached at the class i saw them hanging around, talking, not even ready to move. suddenly i yelled, "what are you doing here? you're 15 minutes late and still chilling out here???!!! 2 minutes! to the lab now!"

then i demerit all of them. 5 demerits. that's actually a lot, guys. they could be suspended from school. but i was soooooo angry. 

then Puan Lam (their previous teacher) came to me at the lab to apologize. she said she was in the class during i yelled to my students. my face turned red. I WAS SO EMBARRASSED. i feel like i was crossing the line. why cant i  hold my anger and keep calm as i always do.

this 4S2 is really loveeee to talk. they talk a lot. seriously a lot. they just cant keep silent for even 1 minutes. im not telling lies, people. even when i explain to the class, they talk to each other like there's no wrong of doing that. at the middle of my teaching, i stopped. i said,

"this is my last day teaching you. because you dont want to listen to me. you rather listen to your friends and talking all the time. so you wont hear any voice of me giving you knowledge after this."

then they keep silent a while and ........ jahdfhcngmhfgmkqjdal skdbxnd absuf,hnajfgsekufgjd kjcfhjfsnhjyyrippqoqiwikmsnxbhcgfgrtfh  again!

hooooooo what a horrible feeling. horrible. now i just feel bad. i think im not good enough to be their teacher. maybe tonight i should buy something for Puan Lam to apologise to her. T_T

p/s : husband is working so i can't tell him how bad i feel right now. so here comes this emotional entry. sorry for ruin your good mood after reading this, peeps!