28 April 2013

Terbang Solo

petang tadi Dayana call aku cerita2 kosong je lah. bukan penting sangat pun. kalau penting pun aku dah lupa apa yang kitorang bincangkan tadi. call sekadar rutin harian. tapi sekarang dah tak harian lah sejak aku praktikal ni.

cuma isu yang kami bincangkan tadi pasal dia nak keluar tengok Iron Man dengan Zaimi. Bukan isu aku jeles  dia pergi tengok wayang sebab aku pun bukan fanatik wayang pun. aku pergi wayang pun sebab nak teman Bhai, takpun aku dah lepu (bosan) duduk dalam bilik. sebab tengok wayang ni aku rase membazir masa dan aku tak boleh berborak dengan orang sebelah.

cuma isu nya kat sini bila Dayana asyik cakap, 'eleh takpela yana nak keluar dengan Zaimi. kau tak tahu apa yana rasa. Yana tak macam kau. Setia. Orang suka kat kau. Along suka kau. Yana ni takde orang pun suka. orang datang pastu pergi macam tu je. tak tau kat mana silapnya. Yana kot yang tak baik.' 

aku pun terpanggil untuk menggunakan otak di hari Ahad ni. sebaik saja aku letak call, aku tak berhenti pikir. kalaulah otak aku pantas nak membidas kata-kata yana tadi....

sebenarnya aku tak mintak aku ada pasangan. ye sekarang aku berpasangan dengan seorang lelaki yang cukup senang aku gelar Along. apa yang aku mintak ialah hubungan yang mulia. hubungan suami isteri yang halal. hubungan yang dijanjikan syurga setiap kali aku mengekspresikan sayang aku. bukan hubungan yang berlandaskan nafsu saja. tapi aku kalah. iman senipis kulit bawang lah katakan. aku tewas dalam dunia percintaan yang mana hari2 aku merindukan yang belum halal buat aku. seksa pikir tahu tak? hari-hari aku doa moga-moga permudahkan jodoh aku. jauhi dari perkara-perkara keji. kira selamatlah kamu-kamu yang belum ada pasangan/teman lelaki/teman wanita.

mungkin dayana belum jumpa orang yang sesuai dengannya. memang lah, dengan usia yang meningkat dan takde boyfriend lagi memang cepat runsing nak cari boyfriend. tapi aku selalu cakap pada yana, sabar, dia ada di mana-mana. cuma lambat saje. jangan sedih pada orang yang datang sekejap-bagi harapan-dan blah tanpa berita. bersyukur lah dia pergi dari kau sebab mungkin dia bukan yang baik untuk kau. selalu yana cakap, 'mungkin sebenarnya yana kot yang tak baik. sebab tu orang tinggalkan yana.' tak! kau yang terlalu baik untuk dapat orang macam tu. mungkin Allah uji kesabaran kau saat ni. 

aku harap satu hari nanti, ada cinta sejati untuk dayana datang dengan sendirinya. tanpa dipaksa. yang datangnya dari entah mana. tapi bahagia dan berkatnya dirasa setiap masa. mungkin taqdir yana dapat percintaan lepas berkahwin. kita tak tau. bukan ke itu yang kita mahu?

p/s: selamat ulang tahun pertama, Along! Aku sayang kau. tapi aku sayang Yana jugak. share sikit boleh kan? 

No comments: