28 April 2012

My Sister's Keeper

i'm feeling of doing nothing today. i browsed my videos and watched this story.

this really shows how the try to survive. fighting to win their lives. but least number of them are succeed. i mustn't say life in unfair. But the hardest thing is to face the truth. the truth that we lost our beloved. this story is so deep to me. so deep. this is the good one.

even we say we moved on in our live, believe me we actually didn't. what happened to Dudu and me wasn't a mistake. but i made a mistake. I stay but i never stick when he needed me.  i said i try but actually i never. i said i wanted to be there so much but i was afraid. too bad. i live with regrets.

at some point, i don't understand why Dudu had to die and i got to live. but i get the clue now. once upon a time, i thought i've put a weigh to save Dudu. At the end, death is death. now I realize that i had a boyfriend. and he was fantastic. one day I'm sure i'll see him again. until then, our relationship continues.

am i missing him so much? no, it's too huge. hardly described by words. Alfatihah for Nabil bin Saharuddin.


22 April 2012

Ice Ice Baby

hello.

cuaca dekat Penang memang panas tahap tuuut! tapi saya tahu saya kena bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah beri. *bersyukur*. Sekarang dah besar ni baru lah tahu betapa penting dan sukanya bawak botol air pegi sekolah (kelas). Antara kemudahan yang awesome dekat USM ini ialah anda boleh jumpa/bertemu water cooler di setiap school atau tempat-tempat tumpuan. jadi, setiap kali sebelum kelas, saya akan isi air dekat water cooler berkenaan. lepas tu habis kelas, walaupun air tadi baru luak seteguk je tetap nak refill jugak. Jakun benar bunyiknya kan? Setiap hari hampir begitulah rutin kelas saya. Kadang-kadang boleh penat pikir coordinat kelas dengan water cooler berhampiran. yang paling strok-bebenor (gaya Jep Sepah) bila nampak saje water cooler kat mana-mana mesti, 'Eh, tu water cooler!' jalan lagi, 'Sana ada water cooler' lepas tu 'Watercooler!'. macam main zitch dog game.

Lagi seronok bila dah panas terik, tekak kering asek bercakap tak berhenti, takpun makan kuih sambil tergelak dan terus tercekik, mesti nak air macam ni.

cubaan google yang menghampakan. imej kat atas ni tak cukup menggambarkan betapa sedap dan nikmat nya minum air sejok. *upload sambil kuyu mata*

Tetapi kecewa seribu kali kecewa sejak beberapa hari ini bila water cooler dekat Tekun ni rosak. so, warga-warga Tekun amat tidak bermaya pergi ke kelas dan kulit pun jadi merekah-rekah sebab dehydrated habes. Kecuali mereka yang bawa heater dalam bilik masing-masing. Yang takde? Kesian. ... Untuk pengetahuan semua ye ye, heater ye ye haram dibawa ke desa ye ye. 

kerana ketandusan di tekak saya bagaikan Siti Hajar mencari air (gaya M.Nasir lagu hudhud), ......mencari air lah kan. sehingga saya terpaksa terpaksa terpaksa tau tak pinjam heater roomate dan masak air tau tau tau. Maafkan saya (gaya Zizan).

 Savior on drought :) kena teropong sikit benda haram dibawa masuk ni. (kesian gila kau may penakut pakai benda haram dalam hostel, orang lain rilek je)

and finally, air dah masak terus transfer dalam botol. Lepas tu baru takut kalau-kalau botol jadi kecut ke. Alhamdulilah masih bertahan botol air saya. tapi masih lagi takut kotkot dia meletup tiba-tiba and splash over my Elizabeth! you know, laptop and water they don't get along. tapi alhamdulilah, molecule dinding botol bertahan dengan kuat dan pooof!! tak de apa terjadi. *kenapa nak pooof pulak sedangkan takde apa berlaku??* jadi saya pun sejukkan air bawah kipas dengan harapan cepatlah sejuk tak tahan nak minum ni. menggoda gila peluh-peluh air tu. walaupun peluh wap sebenarnya.

you know, i'm not a fan of warm water to be exact warm plain water. plain water ni mesti nak minum time keluar fridge! tapi tadi dah tak tahan sangat, kuminum saja air panas tersebut! bila dia lalu dekat tekak kan, rasa haus tu lagi melegakan dan memuaskan sebab kita boeh rasa air tu mengalir dalam tekak. Subhanallah, patutlah arwah atok saya suka minum air masak panas. Caya tak caya?



Plain water for champion. Bukak cover sebab panas sangat -,-. Jadi minumlah air suam dari air sejuk. (Nasihat untuk anda bukan untuk saya)


p/s: tak expect nak update blog makan masa 2 jam. bazir gila masa kerja melambak tahu may! bai.

17 April 2012

Siapa Tak Suka Cuti?

Sudah seminggu saya habiskan masa di rumah semasa mid term break. sumpah seronok gila baq hangg. Puan Elizabeth pun mengeluh asyik teman saya keluar berjalan je keje. Sampai cerita korea dia pun dah habis tak sempat tengok. mane taknye, 
  • Sabtu masa tiba johor dari penang - shoot ke segamat jumpa atok. Tak sempat nak pekena roti canai 2 keping. Pekene roti canai teh tarik ni adalah tradisi saya setiap kali pulang dari Penang awal-awal pagi tuh. bukan senang nak dapat makan roti canai pagi-pagi. selalu bangun, matahari dah memancor atas kepala.

  • Ahad- pulang ke kluang. oh singgah Batu Pahat berjalan lagi.

  • Isnin- ke Kota Tinggi layan si sulong nak lepas rindu kat tempat tinggal lama. Jumpa baby Syahmi yang kurusssss sangat. Baby syahmi baru 8 bulan, tak suka tidur, suka main tiap masa, makan banyak. nak pegang dia kasar-kasar pun takut tulang patah.

  • Selasa- ke Mersing hantar si Sulong pulang ke Terengganu. hari ni makan roti canai jugak tapi roti canai mamak. mood roti canai tu tak berapa nak mari. jika anda penggemar roti canai, anda boleh bezakan ye roti canai mamak dengan roti canai melayu. Roti canai pakai mesin dengan roti canai yang diuli. dan juga roti canai segera. tettt!!! lagi tak best. Pilihan saya, of course roti canai orang melayu yang diuli sendiri dengan tangan. Takkan guna lutut. super lembut dan lemak rasanya. superlicious delicious!

  • Rabu - Ke Batu Pahat lagi. Ayah cuti ajak habiskan duit. saya dapat port baik nak shopping yang betul kena dengan jiwa sekarang. Syarikat Bajrai, segala jenis Bajrai ada dekat sana dan murah-murah. Dia jual apa? Busana muslimah dan barang-barang sembahyang. dari A sampai Z semua ada. plus, murah-murah! dan jurujual dia memang superb lawa! yelah, orang arab kann. i mean kacuk melayu arab. 

  • Khamis - Ke sekolah Boy interview cikgu Physics untuk assignment Physics Teaching Method. Pakai kain tudung tak cantik time ni. Puan Elizabeth sekeras-kerasnya mengutuk cara pemakaian tudung saya. 

  • Jumaat - Ke Kampung Kedah interview Wa Dah untuk assignment Biology Teaching Method. saya suruh Puan Elizabeth tolong record interview tu. lepas ajar cara nak record, lupa pula ajar cara nak stop record. Video yang direcord discard maca tu saja -,-. Kesian Wa Dah kena interview 2 kali. Terpaksa Wa Dah berlakon2 je. Kemudian henjut ke Kluang pergi kenduri.

  • Sabtu - The whole day duduk relax dekat rumah. bangun-makan-tengok tv-makan-tv lagi-makan lagi- tidur! tengok recorded Raja Lawak 6 Akhir, Super Spontan, karoot komedia, Lawak Ke Der dan macam-macam lagi cerita dekat Astro Warna. Kat channel tu je yang ada soul. Yang lain, bohsan gila. Encik Stephen jadi fed-up ajak kitorang adik beradik keluar jalan-jalan tapi semua taknak. masing-masing malas mandi. it's Saturday, buat apa nak mandi pagi-pagi??

  • Ahad - Ke Mersing tengok Festival sempena pecah tanah bla bla bla pelancongan bla bla resort blah blah! ramai gila manusia. nak sarapan roti canai Pak Akob pun berzaman nak dapat teh tarik. Pak Akob pun naik fed-up tebar roti canai, "Ada ke pecah tanah panggil artis? Panggil la JCB!" Berontak Pak Akob.
Dan ahad malam saya berangkat ke Pulau Pinang nih untuk teruskan perjuangan. Isnin pagi sampai Penang pukul 630 am siap-siap terus pergi kelas pukul 8am. Pukul 930 am dah lalok sepanjang malam tak tidur dalam bus. dan sekarang ni, ni, ni, sekarang, pukul 853 am hari Selasa ni, ni saya tengah cuak nak online quiz malam ni. Harap-harap ada lah manusia-manusia bijak ajak buat sekali beramai-ramai sambil discuss. Adios, nak study olok-olok.

06 April 2012

Mid Semester Break

Jumaat 5/4/2012 cuti midsemester bermula. Status di Fb memang takde tajuk lain. kampung, horeyy, balik, bas bla bla bla. sepatutnya saya menjadi salah serang dari mereka. tapi kali ni hati terasa berat untuk pulang ke rumah. Walaupun kedengaran rumah sudah meriah dengan kepulangan insan-insan tercinta. semua excited nak berjumpa. Tapi masih saya mencari keterujaan itu. Tiada. Fikiran lebih memikirkan perkara yang lebih penting. Tanggungjawab pada Allah. Ah, hilang semua kata. Will update later. Have A safe trip, buddies! See ya in one week time. Semoga Allah melindungi kita dari bahaya dan kemudharatan. InsyaAllah.

05 April 2012

Suarah Taubah

selalu Allah kata baca 3 kali seperti bacaan ruku' dan sujud. tapi Yang ini Allah suruh baca 7 kali. 
 
Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :

1) Yang lemah jadi kuat
2) Yang hina jadi mulia
3) Hutang dapat jelaskan
4) Yang duka jadi suka
5) Yang miskin jadi kaya

02 April 2012

Sorry, Seems To Be The Hardest Word

Adakala kita bersikap mementingkan diri sendiri. Lepas pada tanggungjawab demi kesenangan sendiri. Tak pernah kita fikir apa keadaan insan di sekeliling yang terkena tempiasnya. Kita fikir apalah sangat efek yang terjadi jika tanggungjawab itu tak terlaksana. Menjadi mangsa insan yang lepas pada tangunggjawab ialah sesuatu yang menyakitkan hati. Mesti ada secebis amarah yang menguasai diri. Lebih teruk jika dia adalah sahabat kita sendiri yang sudah jemu kita nasihatkan. Sahabat, sahabat, bila kamu mahu berubah? Tidakkah kamu kasihan pada diri sendiri?

 The One That Walk Away.

Perasaan itu lebih teruk bila penulis ini ialah sahabat berkenaan. MAAF, rakan. Saya lalai.

01 April 2012

Manisnya Menimba Ilmu

alhamdulilah masih bernafas sehingga ke hari ini. terima kasih ya Allah atas nikmat hidup yang Kau beri bersama nikmat Islam dan nikmat Iman yang sentiasa mengingatkan aku tentang tanggungjawab diri sendiri. InsyaAllah.

semasa tangan menari di atas keyboard, mata merenung ke arah jam dinding yang sememangnya tak berhenti berdetik. oh, bateri jam belum mati lagi nampaknya. Gunalah jenama Panasonic. bertahan selama 2 bulan dan masih kuat berkhidmat. kemudian mata dialaihkan pula ke arah kalendar. oh banyak sangat kalendar. untuk kalendar kurang serabut, sila rujuk kalendar Elizabeth. untuk menyerabutkan kepala sila rujuk kalendar di meja study. zezzzzz! terus pening tangkap tang kepala tengok 'WoW!! banyaknya notes and reminders!' tiap minggu busy. midsem break awal-awal lagi dah kaler warna MERAH bagi peringatan untuk cuti tapi masih lagi ada tulisan-tulisan yang tertulis di atas dia. Banyak pula tu!! 9 hari tak cukup. tolong pinjamkan saya lagi seminggu boleh? tapi tak nak pulang balik.

kemudian, tertumpu pula ke arah kalendar telefon, 9 Jamadil Akhir 1433. haaaa, relax sikit. baru terasa tak de kerja dan takde appoinment. siapa yang buat temujanji dalam bulan Islam sekarang? ada lagi? contoh, "hey, 9 Jamadil Awal nanti kau cuti tak? Jom lepak!" takpun, "brai, jemput datang 3 Jamadil Akhir, ade makan-makan sikit" kan..... kenapa kita tak guna kann... dan ada jugak yang tak tahu kannn.. tahun ni tahun apa kann... orite tahun ini saya nak celebrate hari jadi tahun hijrah. 5 Rejab nanti. Walaupun Puan Elizabeth lupa bagi hug and kisses, walaupun Encik Stephen tak belanja kepsi, saya nak jerit jugak "hari ini hari jadi saya!" diorang jawab: eh kau ni brape kali nak hari jadi ni, bankrupt kitorang.

Hari Rabu minggu ni bersamaan 12 Jamadil Akhir adalah hari yang meragut jantung saya sebab ada 2 tests yang menunggu dengan bengisnya. Macam biasa, Selasa dinanti dengan online Quiz Calculus. Isnin pula bincang tutorial. ekh ekh dah start sesak nafas. kenapa kira backward nih? takpe, kemudian khamis kena prepare lesson plan nak mengajar Physics lepas midsem break dan wooooh! Jumaat pulang ke Johor, tanah airku. (hembus nafas). Semoga apa yang dirancang berjalan dengan cemerlangnya dan diberkati Allah.

Nikmat dalam belajar ni tak terungkap. Setiap kepenatan yang kita rasa akan disudahi dengan seribu kemanisan dan kepuasan atas usaha kita sendiri. Semoga kita tidak berputus asa dalam menimba ilmu Allah. InsyaAllah. :)

p/s: kata seorang rakan : it's never too late to learn