14 February 2012

Watak Sebegini Ku Perlakonkan

Event terbesar dalam waktu cuti semester ni saya rasa hanya hari jadi saya. paling besar la. Yang lain biasa-biasa saja. Event bercuti satu famili ke Terengganu itu biasa-biasa saja. Walaupun saya paling tak hingat dunia shopping hamek gambar bagai. Event balik kampung kenduri-kenduri pun biasa saja. Walaupun saya yang terlebih aktif kalau jumpa sepupu anak sepupu mak sepupu ayah sepupu atok sepupu. Event pergi jalan-jalan ke Melaka pun biasa jugak makan nasi bertambah-tambah tu biasa. Aiskrim special, coconut shake itu biasa. Pergi planetarium tengok Shed Musapar pun biasa. Pergi ke Batu Pahat main shopping-shopping facial product itu juga biasa. Semua BIASA.

*Kita tak menduga, dari kenalan lahir sayang......* iklan lagu Ziana Zain yang tengah berkumandang di cuping telinga.

Dalam famili saya tak da nak grand-grand nya sambut birthday ni. Paling best pun hari tu Encik Stephen @ dewa ayah @ ayah saya belanja kepsi. 

"Ain besiap lepas ayah kerja kita pergi kepsi. Ayah belanja Ain makan" - you did that everyday since 22 years ago, dad. -.-

dan Puan Elizabeth @dewa mak @ mak saya bagi hug and kisses awal pagi time belum sempat nak gosok gigi lagi. jadi petang kami sambut dengan masing-masing melahap kepsi. itulah paling grand pun. cuma pernah la sekali tu birthday yana mak buat party sikit panggil budak-budak dekat Segamat. Budak yang saya maksudkan tu umur lingkungan 7 tahun ke bawah. Masa tu umur yana 19 kalau tak silap. meriah kan? oh ada gak birthday party Boy mase umur dia 3 tahun sebab tahun tu tengah menular virus birthday party dekat kejiranan saya. hari ni rumah sebelah, esok rumah atas, lusa rumah depan pulak, tulatnya selang 4 rumah dari rumah kami. Itu dipanggil trend.

In summary, birthday kali ni sebenarnya tak la sebesar mana. hanya hari yang biasa macam semalamnya pulak.setiap tahun saya rasa semakin muda. 22 bukan angka yang besar. Siapa cakap besar?! Diam! cakap dalam hati je.. hakikatnya badan ni dah rasa tua. sakit sana sakit sini. long journey pun dah mengeluh-mengeluh. Mata pun dah rabun. Asek batuk-batuk. Dress up pun hanya kain batik lawan ts suicide silent. Rambut dah berubah warna. Dengar pun muzik jazz je sekarang. jadi bayangkanlah nenek usia 83 sedang taip entri sekarang. Kena majukan bisnes ukhrawi macam ni.

p/s: orang nak post pasal birthday, awak pun nak jugak. btw, tajuk entri diambil sempena lagu Hafiz- Watak yang sedang berkumandang. no idea.

No comments: