01 January 2012

Di Penghujung Waktu 2011

31 Disember 2011 memang hari yang mencabar. boleh jadi dia bagi penutup segala kesakitan bagi seluruh tahun ni kot. mintak-mintaklah macam itu hendaknya.

pagi dimulakan dengan aktiviti muntah-muntah. hosh! dia punya muntah kaw-kaw punya. macam balas dendam 10 tahun tak muntah. perut pun nak menendang-nendang semua isi bagi keluar. senak perut jangan cerita. apa yang saya pikir ialah : cepatlah siap muntah woi. dah la tu. dah laaa..

lepas solat subuh, saya rehat. kepala dah tangkap pening kaw-kaw punya. tahap nak sewa kapak hentak-hentak dekat kepala bagi lega. tak lama dapat tidur kena gesa bangun dek perut nak cirit pulak. fuh! takpayah cerita pasal cirit banyak sangat. tak manis. tapi dia punya azab ibarat : ye dah la tu.. dah laa!!

kembali rehat atas katil. pening kepala masih lagi bermaharajalela. semakin perit. bila bukak mata semua dementors melayang-layang atas kepala buat saya lagi nak muntah. lalu pejam je la yang mampu. dalam masa pejam tu jugak, azabnya tak habis lagi. tidur tak tenang jugak. ibarat mimpi lawan dengan dementors.(dementors lagi). kali ini punya sakit memang rasa nak mati. Saya dah terbayang arwah Nabil je.

1 hari suntuk saya terlantar atas katil. siapa yang jaga saya?

kakak roomate yang baik hati lagi penyayang. Dialah yang keluarkan semua gadget-gadget bagi saya lega. kakak bagi minyak TYT sapu dekat perut. Ada lagi 1 minyak pebende tah. saya tak berani nak sapu. Saya bukan berkenan sangat dengan minyak-minyak ni. Cukup tak suka. tapi kali ni sebab kakak amat berkawan baik dengan minyak-minyak panas ni, saya redha lah. 

kakak juga tampal koyok dekat dahi bagi hilang pening. bila koyok tu dah habis kesan, kakak salin lagi. hari tu saja dah 3 kali salin koyok kat dahi. tak cukup dengan itu, kakak bagi CoolFever tampal dekat dahi tengah. Badan saya punya panas jangan cerita. boleh buat iron baju. Dengan Cool fever masalah panas badan pun hilang. lagi, kakak pergi dengan bf dia cari bubur untuk saya makan. dia suruh jugak saya makan walaupun perut rasa nak muntah lagi. lepas itu, dia bagi panadol biar lega sikit sakit-sakit ni. *menangis*

tak tahu nak cakap apa dah. kakak memang insan yang sempurna. terima kasih yang tak terhingga sebab menjaga saya masa saya sakit. dia jaga lebih dari seorang ibu. Buat saya terharu sangat. Bertuah siapa yang dapat kakak jadi isteri. Semoga tuhan dapat membalas budi baik kakak. May takkan lupa insiden ni sampai bila-bila.

Alhamdulilah. hari ni 1/1/2012 saya sudah 90% sihat. cuma bila berjalan ada gaya Kung Fu Mabuk Jacky Chan sikit. orang kata bila sakit ni tuhan hapuskan dosa-dosa kecil. insyaAllah.

No comments: