Showing posts with label semangat. Show all posts
Showing posts with label semangat. Show all posts

28 April 2012

My Sister's Keeper

i'm feeling of doing nothing today. i browsed my videos and watched this story.

this really shows how the try to survive. fighting to win their lives. but least number of them are succeed. i mustn't say life in unfair. But the hardest thing is to face the truth. the truth that we lost our beloved. this story is so deep to me. so deep. this is the good one.

even we say we moved on in our live, believe me we actually didn't. what happened to Dudu and me wasn't a mistake. but i made a mistake. I stay but i never stick when he needed me.  i said i try but actually i never. i said i wanted to be there so much but i was afraid. too bad. i live with regrets.

at some point, i don't understand why Dudu had to die and i got to live. but i get the clue now. once upon a time, i thought i've put a weigh to save Dudu. At the end, death is death. now I realize that i had a boyfriend. and he was fantastic. one day I'm sure i'll see him again. until then, our relationship continues.

am i missing him so much? no, it's too huge. hardly described by words. Alfatihah for Nabil bin Saharuddin.


01 April 2012

Manisnya Menimba Ilmu

alhamdulilah masih bernafas sehingga ke hari ini. terima kasih ya Allah atas nikmat hidup yang Kau beri bersama nikmat Islam dan nikmat Iman yang sentiasa mengingatkan aku tentang tanggungjawab diri sendiri. InsyaAllah.

semasa tangan menari di atas keyboard, mata merenung ke arah jam dinding yang sememangnya tak berhenti berdetik. oh, bateri jam belum mati lagi nampaknya. Gunalah jenama Panasonic. bertahan selama 2 bulan dan masih kuat berkhidmat. kemudian mata dialaihkan pula ke arah kalendar. oh banyak sangat kalendar. untuk kalendar kurang serabut, sila rujuk kalendar Elizabeth. untuk menyerabutkan kepala sila rujuk kalendar di meja study. zezzzzz! terus pening tangkap tang kepala tengok 'WoW!! banyaknya notes and reminders!' tiap minggu busy. midsem break awal-awal lagi dah kaler warna MERAH bagi peringatan untuk cuti tapi masih lagi ada tulisan-tulisan yang tertulis di atas dia. Banyak pula tu!! 9 hari tak cukup. tolong pinjamkan saya lagi seminggu boleh? tapi tak nak pulang balik.

kemudian, tertumpu pula ke arah kalendar telefon, 9 Jamadil Akhir 1433. haaaa, relax sikit. baru terasa tak de kerja dan takde appoinment. siapa yang buat temujanji dalam bulan Islam sekarang? ada lagi? contoh, "hey, 9 Jamadil Awal nanti kau cuti tak? Jom lepak!" takpun, "brai, jemput datang 3 Jamadil Akhir, ade makan-makan sikit" kan..... kenapa kita tak guna kann... dan ada jugak yang tak tahu kannn.. tahun ni tahun apa kann... orite tahun ini saya nak celebrate hari jadi tahun hijrah. 5 Rejab nanti. Walaupun Puan Elizabeth lupa bagi hug and kisses, walaupun Encik Stephen tak belanja kepsi, saya nak jerit jugak "hari ini hari jadi saya!" diorang jawab: eh kau ni brape kali nak hari jadi ni, bankrupt kitorang.

Hari Rabu minggu ni bersamaan 12 Jamadil Akhir adalah hari yang meragut jantung saya sebab ada 2 tests yang menunggu dengan bengisnya. Macam biasa, Selasa dinanti dengan online Quiz Calculus. Isnin pula bincang tutorial. ekh ekh dah start sesak nafas. kenapa kira backward nih? takpe, kemudian khamis kena prepare lesson plan nak mengajar Physics lepas midsem break dan wooooh! Jumaat pulang ke Johor, tanah airku. (hembus nafas). Semoga apa yang dirancang berjalan dengan cemerlangnya dan diberkati Allah.

Nikmat dalam belajar ni tak terungkap. Setiap kepenatan yang kita rasa akan disudahi dengan seribu kemanisan dan kepuasan atas usaha kita sendiri. Semoga kita tidak berputus asa dalam menimba ilmu Allah. InsyaAllah. :)

p/s: kata seorang rakan : it's never too late to learn

26 March 2012

Beloved Seafarer

Graduation Day! why not to like it? hari tu amat meriah dan gembira. semua graduan berpakaian uniform putih, topi putih, kasut hitam yang kilat. masing-masing sibuk membetulkan uniform masing-masing dan betulkan uniform kawan-kawan di sebelah. segak habis. saya duduk di satu sudut memberi ruang pada Dudu berjumpa kawan-kawan dan menguruskan apa yang patutlah. amek gambar sana. amek gambar sini. bila rasa bosan kejap, saya borak dengan Along, Hanan dan Ummi. 

Nampak sangat terpancar kegembiraan dekat muka Dudu. senyum sampai telinga terkeluar gigi lapis. Muka tak sabar nak pergi belayar. Ye lah tiap malam cerita pasal pergi berlayar je. Saya pun naik tahu pasal kapal-kapal ni. Dudu yang paling handsome hari tu. obviously. haha. masa Dudu pergi belayar nanti, saya kena pergi mengajar. Kalau nak sambung study pun boleh. Bila Dudu balik nanti, kita lepak 24/7. Kalau ada rezeki Dudu bawak balik hadiah. Tapi tak yah memahal sangat. Simpan duit tuh. Kumpul harta. Kang dah tua nak makan apa?

Lepas habis majlis and all that, kitorang pun amek gambar sesama. banyak gila pose kitorang buat. Ummi pun masuk sekali. Hanan dengan Along confirm in the list! we're so happy. Even hari tuh panas, semua orang chill je celebrate Nabil. bahagia memang bahagia.

hmm, hakikatnya Nabil tak sempat graduate dengan batch-mates yang lain. Saya pun takkan lihat lihat Dudu dengan uniform putih ALAM lagi. only imaginations. Happy Graduations Day for his fellow friends. Good luck in your journey as seafarers. Semoga semangat Nabil bersama kalian. 

Alfatihah untuk Nabil bin Saharuddin. 

tears spill for gazillions of times. too weak. 


22 February 2012

Mother Know Best

I finally I talked to my mum about the problem i'm facing. Illiy said, "call la mak kau minta dia tolong doa. Doa ibu ni makbul." I rarely confess my problems with mother because well, who want to see their mother in worry? I called my mum just now. She said, lately since i'm not at home, she always hear me calling her. Like I used to do when i wake up in the morning I usually looking for my mum. Like I called her when I want my mother to watch tv with me.

And there.... I told my problem regarding the prof I wrote in the last entry. She said, don't worry just do dzikir and praise to Rasulullah (p.b.u.h.). always dzikir Ya Latiff, Ya Rahman, Ya Rahim. Hoping that my prof will change her mind. InsyaAllah. Thank you, mother. You always know how to comfort me.


21 February 2012

They Can Be Considerate But They Prefer Not To

ish tak lepas lagi ni tak lepas lagi ni. tersimpan kemas dalam hati ni. semoga permudah segala urusan sem ni. semoga Prof Hasnah lembut hati nak tukar waktu kuliah. Kalau tak tukar, tak tau lah nak jadi apa. Tak sanggup saya nak extend. Sudahlah course ni dah 4 tahun. Tak baik tau racist-racist ni prof. Student Biology ke student education ke, semua sama saja nak menimba ilmu dari prof. Apa salahnya kita berbincang dulu. Apalah agaknya imbuhan jika Prof bandingkan kami student-student ini. Apalah agaknya dosa student education ni. Tolonglah consider keadaan kami. Tinggal sem ni saja yang boleh kami ambil kursus tu. Rasa teraniaya sungguh bila prof cakap kalau student Biology boleh saya consider. ssssss sungguh memilukan.

Asek menangis je ye 2 3 hari ni. banyak sangat masalah yang datang. Saya teringat kata-kata Zuno, "rasa banyak sangat dugaan bila baru nak berubah ni, May". Oh well, ini mungkin dugaan saya. Kena banyakkan doa. Jangan mudah mengalah. Alhamdulilah, Allah sudi bagi dugaan pada saya. Allah duga maksudnya Allah sayang lagi pada kita. Aku bersyukur padaMu Ya Allah.

20 February 2012

Hari Jadi

18 Februari 2012 genap 22 tahun Nabil Saharuddin, wajah kesayangan saya. Alangkah bahagianya jika kami masih lagi dapat meneruskan alam dewasa ini bersama-sama. Tapi sudah masa Nabil kembali kepada Yang-Lebih-Menyayangi, saya hanya mampu redha. Semoga arwah Nabil sentiasa tenang di sisi Allah dan ditempatkan di kalangan orang beriman. InsyaAllah.

Rindu. perkataan rindu tu tak cukup nak menggambarkan kerinduan saya pada Nabil. Setiap saat, setiap waktu saya menanti kepulangan Nabil. Tapi saya harus bangun dari harapan palsu itu. Hakikatnya Nabil pergi tak kembali. Nabil berada di tempat sepatutnya kita kembali. Terima kasih kerana hadir dalam hidup ini.

Mungkin saya terlalu menyayangi, terlalu mengambil berat, terlalu memberi perhatian, sehingga bila tiba masanya, saya terlalu sakit menerima kehilangan. Itulah, sepatutnya kita mencintai seseorang itu cukup dengan bersederhana, jangan berlebih-lebihan. Degil.

Tapi saya tak pernah menyesal menyayangi arwah Nabil. Malah, ia menjadi suatu perkara yang paling manis mempunyai Nabil dalam hidup saya walau sekejap saja Allah pinjamkan.

Dudu, do well there. My prayers always be with you. I know you're now happy with Ibu and Ayah. You are the luckiest person to be called by Allah. If I do wrongs to you since we met till you're gone, i owe you huge apology. May I could do something that can make them clear. You know I love you. Happy Birthday, My Dudu.

p/s: Give me 1000 handsome guys, I only see your face.

06 January 2012

May Strength Always Be With Ya

I can say that we are brothers by blood. Walaupun Ain bukan lelaki yang asli. Tapi Ain seboleh-boleh acting like a brother to you. In case you feel like you have incomplete family for not having a brother, I'll be there to be your ones.

We're not that intimate like you and Yana. who you can have big laugh with. who you can have big fight with. who you can have scream war with. And your partner in doing insane crimes and attitudes. But one thing for sure, I'll be there in your need of help.

I may not be the ear who really listen to your heartaches and fear. I may not be the shoulder where you'll cry on. But I'll be the best teacher to take your hand and make you stand up strong in this Earth. I'll be the catalyst so you will awake from your fear. I'm here to give you missions and you'll taste the sweetness for accomplishing them in your life.

Why to feel regret to have someone like you? Never.





get well soon, brother! kuatkan semangat sikit. your journey is so far to reach the terminal. you haven't reach the peak yet.

**you'll never how a sister loves his only kid brother she ever has.

27 December 2011

Jangan Tengok Lagi Facebook Tu.

Sekali aku jengah facebook Dudu, seminggu aku sedih. Orang komen dekat facebook aku pun boleh jadi annoyed. Mak aku tak nak bagi adik baru pun boleh jadi merajuk. Baca Plant Genetic pun boleh menangis macam baca novel. Mik cancel pergi makan Subway sama-sama pun nak marah. Teringat Hanan, Along, Umi, Shamel, Izzul pun boleh mengalir airmata. Ya Allah, kuatkanlah semangat aku menerima kenyataan. Redhakanlah seredha-redhanya hati aku atas pemergian Nabil. 

**Jangan pernah aku seksa dia Ya Allah. Amin

24 December 2011

Mama

Allah kurniakan insan-insan yang begitu baik sekeliling saya. mak saya cakap, "ain, kalau kita buat baik, orang mesti baik engan kita juga". insyaAllah saya pegang kata-kata mak. 

Bangun pagi saya tiba-tiba teringat mama. mama ni ibu sedara arwah Nabil. mama terlalu baik dengan saya sejak pertama kali saya jejak kaki ke rumah mama. kata-kata mama halus lembut sedap je dengar. hati yang panas pun boleh jadi lembut. masa pegi rumah Putrajaya hari tu Along ada tanya ada jumpa mama tak? call mama ke? saya pun terpikir betapa lamanya saya tak jumpa mama dan bertanya kabar. that's my mistake!

pagi ni. i mean tengah hari lepas bangun tidur, saya terus call mama. "mama, ni Ain kawan Nabil". "oh Ain, girlfriend Nabil". sporting kan mama? mama kata "kasih sayang mama berterusan untuk Ain". sayang sungguh saya dekat mama. moga ada umur yang panjang sampailah saya ke Senawang tu lagi ziarah Nabil dan mama juga. insyaAllah.

22 December 2011

Why There's Room in This 4 Chambers Organ?

dear heart, stay strong please. i'm facing another loss. please, tears don't keep falling.

21 December 2011

Emotional Bomb Ticking

Illiy once said, you'll never get that restful if you're sitting alone in your room. well said, Illiy. when i was in room alone i easily get emotional problem. it's like dynamic as it turned up and down and sometimes upside down. well, i haven't seen Illiy about 5 days. she texted me this afternoon saying that,

May, semalam aku mimpi ketiak kau bernanah, pastu aku tolong kau buang nanah tu, cucuk dengan jarum, kau sihat ke?

well, maybe this is another gross friendship words you've been heard about but hey, it is really nice to hear once you received it. *hah, nak nangis. kan dahhh*

and this late evening, i saw along changed her marital status on facebook to 'married'. i was so vulnarable to swallow the truth. it's like, Along, will, get, married.....soon. how many months left? oh it's 3!  i have been thinking, will we have another late night chat, or having a family dinner anymore? well maybe yes, if there's a will. InsyaAllah. I'll always looking for that. then what touches me so deep in the heart was this.

Ain Amirah jgnla cmtu. sebak rase ehem. sampai masa kamu pun begitu jua. tapi kene tunjuk along dulu hah!!! promise?

well, i love you, Along. May happiness showers your life till the end. 

18 December 2011

Coping Thing Never Easy

since i turned on my blogspot mode, i don't ever feel to write much. maybe this things just passed a few moments ago. i guess. so i don't have the feeling to do some designs in this MAYBILL. but will cope with the new me here. insyaAllah.

16 December 2011

Tangisi Hidup Yang Berbaki

terasa lemah bila bicara soal hati. sekuat mana kau pertahan dari serangan bertubi-tubi. tetap ia kalah dan menurut kata hati. dan kekecewaaan datang mengiringi perpisahan. kau tangisi.

bila iman tak lagi menjadi paksi, kau leka melayani perasaan sendiri. mengiakan apa yang terjadi. menutup segala cela yang bersaksi. kau kalah sekali lagi.

pulanglah ke pangkal jalan. insafi kelemahan diri. kuatkan hati. supaya kau tak kecundang lagi. kau tahu apa yang kau kehendaki.


ya Allah, pelihara hatiku.