01 April 2012

Manisnya Menimba Ilmu

alhamdulilah masih bernafas sehingga ke hari ini. terima kasih ya Allah atas nikmat hidup yang Kau beri bersama nikmat Islam dan nikmat Iman yang sentiasa mengingatkan aku tentang tanggungjawab diri sendiri. InsyaAllah.

semasa tangan menari di atas keyboard, mata merenung ke arah jam dinding yang sememangnya tak berhenti berdetik. oh, bateri jam belum mati lagi nampaknya. Gunalah jenama Panasonic. bertahan selama 2 bulan dan masih kuat berkhidmat. kemudian mata dialaihkan pula ke arah kalendar. oh banyak sangat kalendar. untuk kalendar kurang serabut, sila rujuk kalendar Elizabeth. untuk menyerabutkan kepala sila rujuk kalendar di meja study. zezzzzz! terus pening tangkap tang kepala tengok 'WoW!! banyaknya notes and reminders!' tiap minggu busy. midsem break awal-awal lagi dah kaler warna MERAH bagi peringatan untuk cuti tapi masih lagi ada tulisan-tulisan yang tertulis di atas dia. Banyak pula tu!! 9 hari tak cukup. tolong pinjamkan saya lagi seminggu boleh? tapi tak nak pulang balik.

kemudian, tertumpu pula ke arah kalendar telefon, 9 Jamadil Akhir 1433. haaaa, relax sikit. baru terasa tak de kerja dan takde appoinment. siapa yang buat temujanji dalam bulan Islam sekarang? ada lagi? contoh, "hey, 9 Jamadil Awal nanti kau cuti tak? Jom lepak!" takpun, "brai, jemput datang 3 Jamadil Akhir, ade makan-makan sikit" kan..... kenapa kita tak guna kann... dan ada jugak yang tak tahu kannn.. tahun ni tahun apa kann... orite tahun ini saya nak celebrate hari jadi tahun hijrah. 5 Rejab nanti. Walaupun Puan Elizabeth lupa bagi hug and kisses, walaupun Encik Stephen tak belanja kepsi, saya nak jerit jugak "hari ini hari jadi saya!" diorang jawab: eh kau ni brape kali nak hari jadi ni, bankrupt kitorang.

Hari Rabu minggu ni bersamaan 12 Jamadil Akhir adalah hari yang meragut jantung saya sebab ada 2 tests yang menunggu dengan bengisnya. Macam biasa, Selasa dinanti dengan online Quiz Calculus. Isnin pula bincang tutorial. ekh ekh dah start sesak nafas. kenapa kira backward nih? takpe, kemudian khamis kena prepare lesson plan nak mengajar Physics lepas midsem break dan wooooh! Jumaat pulang ke Johor, tanah airku. (hembus nafas). Semoga apa yang dirancang berjalan dengan cemerlangnya dan diberkati Allah.

Nikmat dalam belajar ni tak terungkap. Setiap kepenatan yang kita rasa akan disudahi dengan seribu kemanisan dan kepuasan atas usaha kita sendiri. Semoga kita tidak berputus asa dalam menimba ilmu Allah. InsyaAllah. :)

p/s: kata seorang rakan : it's never too late to learn

No comments: