22 April 2012

Ice Ice Baby

hello.

cuaca dekat Penang memang panas tahap tuuut! tapi saya tahu saya kena bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah beri. *bersyukur*. Sekarang dah besar ni baru lah tahu betapa penting dan sukanya bawak botol air pegi sekolah (kelas). Antara kemudahan yang awesome dekat USM ini ialah anda boleh jumpa/bertemu water cooler di setiap school atau tempat-tempat tumpuan. jadi, setiap kali sebelum kelas, saya akan isi air dekat water cooler berkenaan. lepas tu habis kelas, walaupun air tadi baru luak seteguk je tetap nak refill jugak. Jakun benar bunyiknya kan? Setiap hari hampir begitulah rutin kelas saya. Kadang-kadang boleh penat pikir coordinat kelas dengan water cooler berhampiran. yang paling strok-bebenor (gaya Jep Sepah) bila nampak saje water cooler kat mana-mana mesti, 'Eh, tu water cooler!' jalan lagi, 'Sana ada water cooler' lepas tu 'Watercooler!'. macam main zitch dog game.

Lagi seronok bila dah panas terik, tekak kering asek bercakap tak berhenti, takpun makan kuih sambil tergelak dan terus tercekik, mesti nak air macam ni.

cubaan google yang menghampakan. imej kat atas ni tak cukup menggambarkan betapa sedap dan nikmat nya minum air sejok. *upload sambil kuyu mata*

Tetapi kecewa seribu kali kecewa sejak beberapa hari ini bila water cooler dekat Tekun ni rosak. so, warga-warga Tekun amat tidak bermaya pergi ke kelas dan kulit pun jadi merekah-rekah sebab dehydrated habes. Kecuali mereka yang bawa heater dalam bilik masing-masing. Yang takde? Kesian. ... Untuk pengetahuan semua ye ye, heater ye ye haram dibawa ke desa ye ye. 

kerana ketandusan di tekak saya bagaikan Siti Hajar mencari air (gaya M.Nasir lagu hudhud), ......mencari air lah kan. sehingga saya terpaksa terpaksa terpaksa tau tak pinjam heater roomate dan masak air tau tau tau. Maafkan saya (gaya Zizan).

 Savior on drought :) kena teropong sikit benda haram dibawa masuk ni. (kesian gila kau may penakut pakai benda haram dalam hostel, orang lain rilek je)

and finally, air dah masak terus transfer dalam botol. Lepas tu baru takut kalau-kalau botol jadi kecut ke. Alhamdulilah masih bertahan botol air saya. tapi masih lagi takut kotkot dia meletup tiba-tiba and splash over my Elizabeth! you know, laptop and water they don't get along. tapi alhamdulilah, molecule dinding botol bertahan dengan kuat dan pooof!! tak de apa terjadi. *kenapa nak pooof pulak sedangkan takde apa berlaku??* jadi saya pun sejukkan air bawah kipas dengan harapan cepatlah sejuk tak tahan nak minum ni. menggoda gila peluh-peluh air tu. walaupun peluh wap sebenarnya.

you know, i'm not a fan of warm water to be exact warm plain water. plain water ni mesti nak minum time keluar fridge! tapi tadi dah tak tahan sangat, kuminum saja air panas tersebut! bila dia lalu dekat tekak kan, rasa haus tu lagi melegakan dan memuaskan sebab kita boeh rasa air tu mengalir dalam tekak. Subhanallah, patutlah arwah atok saya suka minum air masak panas. Caya tak caya?



Plain water for champion. Bukak cover sebab panas sangat -,-. Jadi minumlah air suam dari air sejuk. (Nasihat untuk anda bukan untuk saya)


p/s: tak expect nak update blog makan masa 2 jam. bazir gila masa kerja melambak tahu may! bai.