17 April 2012

Siapa Tak Suka Cuti?

Sudah seminggu saya habiskan masa di rumah semasa mid term break. sumpah seronok gila baq hangg. Puan Elizabeth pun mengeluh asyik teman saya keluar berjalan je keje. Sampai cerita korea dia pun dah habis tak sempat tengok. mane taknye, 
  • Sabtu masa tiba johor dari penang - shoot ke segamat jumpa atok. Tak sempat nak pekena roti canai 2 keping. Pekene roti canai teh tarik ni adalah tradisi saya setiap kali pulang dari Penang awal-awal pagi tuh. bukan senang nak dapat makan roti canai pagi-pagi. selalu bangun, matahari dah memancor atas kepala.

  • Ahad- pulang ke kluang. oh singgah Batu Pahat berjalan lagi.

  • Isnin- ke Kota Tinggi layan si sulong nak lepas rindu kat tempat tinggal lama. Jumpa baby Syahmi yang kurusssss sangat. Baby syahmi baru 8 bulan, tak suka tidur, suka main tiap masa, makan banyak. nak pegang dia kasar-kasar pun takut tulang patah.

  • Selasa- ke Mersing hantar si Sulong pulang ke Terengganu. hari ni makan roti canai jugak tapi roti canai mamak. mood roti canai tu tak berapa nak mari. jika anda penggemar roti canai, anda boleh bezakan ye roti canai mamak dengan roti canai melayu. Roti canai pakai mesin dengan roti canai yang diuli. dan juga roti canai segera. tettt!!! lagi tak best. Pilihan saya, of course roti canai orang melayu yang diuli sendiri dengan tangan. Takkan guna lutut. super lembut dan lemak rasanya. superlicious delicious!

  • Rabu - Ke Batu Pahat lagi. Ayah cuti ajak habiskan duit. saya dapat port baik nak shopping yang betul kena dengan jiwa sekarang. Syarikat Bajrai, segala jenis Bajrai ada dekat sana dan murah-murah. Dia jual apa? Busana muslimah dan barang-barang sembahyang. dari A sampai Z semua ada. plus, murah-murah! dan jurujual dia memang superb lawa! yelah, orang arab kann. i mean kacuk melayu arab. 

  • Khamis - Ke sekolah Boy interview cikgu Physics untuk assignment Physics Teaching Method. Pakai kain tudung tak cantik time ni. Puan Elizabeth sekeras-kerasnya mengutuk cara pemakaian tudung saya. 

  • Jumaat - Ke Kampung Kedah interview Wa Dah untuk assignment Biology Teaching Method. saya suruh Puan Elizabeth tolong record interview tu. lepas ajar cara nak record, lupa pula ajar cara nak stop record. Video yang direcord discard maca tu saja -,-. Kesian Wa Dah kena interview 2 kali. Terpaksa Wa Dah berlakon2 je. Kemudian henjut ke Kluang pergi kenduri.

  • Sabtu - The whole day duduk relax dekat rumah. bangun-makan-tengok tv-makan-tv lagi-makan lagi- tidur! tengok recorded Raja Lawak 6 Akhir, Super Spontan, karoot komedia, Lawak Ke Der dan macam-macam lagi cerita dekat Astro Warna. Kat channel tu je yang ada soul. Yang lain, bohsan gila. Encik Stephen jadi fed-up ajak kitorang adik beradik keluar jalan-jalan tapi semua taknak. masing-masing malas mandi. it's Saturday, buat apa nak mandi pagi-pagi??

  • Ahad - Ke Mersing tengok Festival sempena pecah tanah bla bla bla pelancongan bla bla resort blah blah! ramai gila manusia. nak sarapan roti canai Pak Akob pun berzaman nak dapat teh tarik. Pak Akob pun naik fed-up tebar roti canai, "Ada ke pecah tanah panggil artis? Panggil la JCB!" Berontak Pak Akob.
Dan ahad malam saya berangkat ke Pulau Pinang nih untuk teruskan perjuangan. Isnin pagi sampai Penang pukul 630 am siap-siap terus pergi kelas pukul 8am. Pukul 930 am dah lalok sepanjang malam tak tidur dalam bus. dan sekarang ni, ni, ni, sekarang, pukul 853 am hari Selasa ni, ni saya tengah cuak nak online quiz malam ni. Harap-harap ada lah manusia-manusia bijak ajak buat sekali beramai-ramai sambil discuss. Adios, nak study olok-olok.

No comments: