26 December 2011

Time Masih Suka

kalau kita baru kenal dengan seseorang yang berlainan gender, mesti sikit ada rasa 'oh, kalau dia jodoh aku macam mane'. mesti punyalah. lain lah kalau insan tu bukan type kita kan. lepas tu bila dah selalu jumpa, berkawan, makan sama semua bagai, maka dia dah jatuh dalam kategori kawan biasa. kawan biasa baru...

kemudian bila dah eh eh nak main mesej la dengan dia. eh eh terjeles pulak tengok dia comment2 dekat facebook dengan berlainan gender yang lain, eh eh hari ni tak contact pun, haaa maka itu kedebek! jatuh kategori dah start suka. notis tu, baru suka.

saya tak nak cerita lah bab kategori selepas suka ni. itu bab bercinta sayang bagai tu, masing-masing ada cara sendiri ye tak. kita bicara pasal suka je dulu. sebab bab ni paling berbunga sekali. haaaa kan!

masa tengah suka-suka ni, yang paling best sekali, semua hipokrit. 

'takpelah, tak biasa keluar malam' (puih). 
'seganlah nak naik motor sama' (puih). 
'tak baik lah awak buang sampah sepah-sepah. kotor tahu?' (puihh).
'saya biasa makan ciput je. tak larat nak habiskan' (hak puihh)

katakanlah kita dah 26 tahun (bukan umur sebenar saya), kita dah jumpa ramai golongan-berlainan-gender-yang-mungkin-jadi-jodoh-kita. mesti kita dah rasa basi kan dengan ayat-ayat kat atas tu. tipikal! apa kata, time dating kita cerita yang buruk-buruk pasal diri kita. berani ah dia nak cakap 'eeee, tak senonohnya kau ni'. pegi lantak lah hai. mesti dia ada benda tak senonoh jugak yang dia pernah buat kan. dan banyak-banyak orang yang saya pernah jumpa dan cerita benda buruk ni, mereka pun akui kelemahan masing-masing. and we end up with good friends. instead, mereka akan cakap, kalau awek aku main lepas je macam kau kan best, tak delah awkward nak kena cover baik bagai. tak selesa doh.

contoh :
  • L: 'pukul 12pm tadi I call U, U tak answer'
  • P:  'ouh, I belom bangun lagi time tuh'
tuptup esoknya,
L: 'ouh, I bangun pukul 230pm terus lunch. ngantok malam tadi tengok bola'
this is FAIR. takda istilah anak dara anak teruna nya kalau masing-masing ada hal kena tidur lewat. bangun pun lewat lah kan. takdahal2.

  • P: 'I ada kuliah pukul 2. tapi malas nak pergi. nak pergi Bukit Jambul jap'
  • L: 'hah? kenapa tak pergi kuliah?' 
  • P: 'Baca balik ayat I tadi'
 perkara tak pergi kuliah ni bukan masalah besar bagi students. sebab adanya e-learning. macam lah kita tak pernah skip-skip kuliah ni ye dak. siapa yang tak pernah tu, tahniah! anda dapat kalahkan syaitanirrajim.

  • L: 'jom teman makan. lapar. 130am'
  • P: 'tak biasa lah keluar malam'
habis pergi tengok bola tu apa? yang bersorak histeria dekat mamak tu kejadahnya?  kalau saya pun dah kebulur, tak kira pukul berapa pun mesti turun kedai mamak punya. memang keluar malam tu tak berapa manis untuk anak dara, tapi kalau dah nak mati kebulur, pandai-pandai lah nak survive kan.

  • L: 'U pandai masak apa?'
  • P: 'I langsung tak pandai.'
  • L: 'habis nanti I nak makan apa?'
  • P: 'selama ni U pun tak pandai masak. besar je badan U I tengok'
sesungguhnya masak tu boleh belajar lepas dah kawin pun. janganlah dirisaukan hal masak-memasak ni. tapi janganlah sampai ke sudah makan luar je. semua isteri nak masak untuk suami beliau. janganlah risau mati kebulur.
point-nya kat sini. tak payah nak jadi perfect tapi fake. muntah saya. bahasa semulajadinya 'Gua nak muntah, tahu!' sebenarnya bila kita share benda yang buruk pasal diri kita, ada juga orang yang akan menerima kita seadanya. sebab dia pun lebih kurang kita juga. dan macam mana dia fail pun dengan ujian yang kita bagi dekat dia, kalau kita dah minat dekat dia, kita tetap terima dia jugak

**describing Dudu and me a bit. Alfatihah.

No comments: