29 December 2011

Clear Contactlist

Kalau dah 5 hari in a row tidur pukul 5 pagi, mana boleh hari ni nak paksa tidur pukul 12 malam. hasil dia, terkebil-kebil sejam atas katil, sejam lagi baca contact list dekat talipon dan bagi mesej pada number-number yang dah bertahun tak contact. saja lah nak try kalau dah tukar number phone ke. buat bazir space je simpan lagi number tuh.

bila saya buat kerja ni? haaa baru tadi. Ayat dia camni. 'Hey, ape buat tuh? ade sihat ke?' lepas tu forward dekat number-number yang bakal kena delete. kalau tak de reply atau not delivered jatuh hukum delete aje number tuh.

dijadikan cerita semua number tu reply la siot. semua tu ingat lagi lah kat saya. tapi ayat dia tak berapa nak manis lah kan. serupa saya jugak.

'hey sehat2. mimpi ngeri ke hantar mesej kat aku nih?'
'eh MAY LING SIANG! apa khabar. rindu!'
'hey alhamdulilah. kau sehat? eh kau kenapa mesej aku ni?'

sweet kan kawan-kawan saya? ada satu ni reply tak manis langsung.
'Awak ni siapa ha?' <<< terus kena delete. serious.

dan mula lah aktiviti membalas mesej beramai-ramai tu tanya khabar dan berborak rancak. perbualan paling menarik malam tadi ialah :

saya. dia

aku tak boleh la belajar kimia-kimia ni lagi. aku terkena sumpahan miss XXXXX
miss XXXXX? oh yang india tuh? aku pun tak boleh bla weh dengan dia tuh.
hindu mane kau nih? punyalah labuh tudung lecturer tuh kau suspek dia hindu pulak. ramah tak bertempat betul.

dan borak rah rah rah rah ah ah sampai saya cakap eh got to go pada semua tukang-tukang mesej tu. penatlah kalau sekali mesej dengan 5-6 orang. boleh tumpul jari tahu. sejenak saya terfikir, mana boleh kita nak buang rakan-rakan walaupun dia hadir sesaat je dalam hidup kita. cuba lah kuatkan semangat tegur-tegur balik tanya khabar kawan-kawan yang lama tak jumpa tuh. mana tahu kalau itu conversation terakhir kita dengan mereka, at least mereka jugak yang sedekahkan kita alfatihah nanti. siapa tahu kan?

**esok nak call Nadiah Mat Som pulak. dah beranak ke belom Nadiah tu.

No comments: