29 October 2012

Bakal ku

Ya Allah,
Aku panjatkan shukur ke hadrat Ilahi atas kebahagiaan yang Kau beri.
Atas insan-insan yang Kau hadiahi.
Atas kehidupan yang tak mampu aku kecapi dengan sendiri.


Dalam setiap duka, kau sedia bahu kau.
Dalam setiap tangis, kau seka air mata aku
Dalam setiap gelisah, kau sentiasa tenangkan aku.
Dalam setiap kebuntuan, kau carikan aku cahaya.
Dalam setiap perbalahan, kau tanam kesabaran
Dalam setiap dugaan, kau tenang beri harapan
Dalam setiap kesakitan, kau kumpul kekuatan.
Dalam setiap kemurungan, kau beri aku senyuman.


*telefon bunyi... kau yang call. macam tahu2 je*

*sambung*


Allah buka pintu hati aku terima kau lepas separuh diri aku hilang
Kau buat aku selesa jadi diri aku bila dengan kau
kau buat aku rasional marah-marah kau 
kau buat aku matang melayan sikap manja kau
aku suka melihat diri aku yang lebih bertanggungjawab dengan adanya kau
yang penting, aku rasa sangat disayangi dengan kasih sayang kau.
walaupun kau kadang-kadang agak annoying, aku balas dengan meng-annoyed kau pulak


*krok krek krok krek kriaaapppp. bunyi perut yang lapar*


terima kasih sebab hadir
terima kasih sebab menyayangi aku dengan kasih sayang yang tak ternilai
terima kasih mengajar aku erti kesetiaan sebenar
terima kasih atas senyuman yang selalu kau ukir pada wajah aku
terima kasih kerana sentiasa ada bila mana aku sedih dan gembira
terima kasih sebab menerima aku seadanya. setiap kekurangan dan kecacatan yang aku bawa.
terima kasih sebab kekal bersama aku setelah sebesar-besar dugaan yang telah, sedang dan akan datang menimpa kita.
terima kasih atas setiap pengorbanan masa, wang, tenaga yang dah kau bagi.

*garu tengkok*


kau lah kawan terbaik aku
kau lah sedara terapat aku
kau lah musuh bergaduh aku
kau lah pengisi masa lapang aku
kau lah technician peribadi aku
kau lah tempat aku meluah segalaya
kau lah pemaaf yang tegar memaafkan aku
kau lah tempat mengasah penumbuk aku
kau lah tempat belaian aku
kau lah teristimewa.
Kau lah yang teratas.

semoga satu hari kita di jodohkan dengan semulia-mulia ikatan. 

Selamat Hari Jadi, Bakal Suami.


2 comments:

tickytock said...

selamat hari jadi jugak..bakal abg ipar!!!eh~~

MAYMAY O NEESE said...

mihmihmih. Thank you bagi pihak abg ipar :-)