30 December 2011

Terjumpa Senior Dalam Kereta

Hari ni pergi makan Subway jugak dekat Queensbay. Dah lama pendam rasa ni. Tunggu Mik, Mik sibuk. Takpelah lepas exam Mik kata boleh pergi makan. Subway Sg Dua dah bukak hoi. Cepat serbu hoi. Mesti menu dia letak meriah-meriah hoi. Hoi jangan pergi hoi. Nanti time aku pergi dah tak meriah pulak hoi. Ape keling nar aku ni hoi. Tamak betol. Perangai setan ni.

Selalu beli Dayana belanja. Hari ni beli pakai duit sendiri. menggigil hulur not tadi. Takpe ini reward sebab tak balik rumah time study week. Esok nak pergi karaoke reward apa pulak? Ouh reward sebab buat short notes Enthomology pakai kaler Luna. Baru 2 pages je pun. Pun boleh!

Tadi sebelum pergi Subway sempat pergi Bank Islam. Bukan urusan duit pun. Urusan tukar kad ATM. Pebende lah budak universiti ni buat rumors kena tukar kad ATM before Januari 2012. Bergasak budak-budak pergi tukar. Acting wise, saya tanya akak customer service. 'Apahal kak? memang kena tukar ke? Kalau tak, duit kena burn? Duit saya dah la tinggal rm20 je dalam tuh' seraya akak customer service jawab-'kad lama boleh pakai lagi. hairan juga ye kenapa student USM ramai yang tukar' -.-

Lepas saya soal selidik akak tu maka saya pun tukarlah kepada debit card Bank Islam yang diuar-uarkan itu. Rah rah rah dia explain, sikit pun saya tak amik pot. Yang penting kad tu nampak lagi semat (smart) dari kad lama. Boleh jugak merasa swap-swap macam kad kredit time student ni. 

Nak dijadikan cerita ada 5 orang dalam kereta tadi. Driver= Shukor. Co-pilot=Kak Ala merangkap gf Shukor. Sebab itu dia co-pilot walaupun tak reti memandu. Passenger kat belakang= saya, Kak Norita, Kak Wahidah. Takdir Allah begitu berkuasa sebab saya jumpa senior saya kat MRSM dulu dalam kereta itu. Siapa dia? *drumrolll* pemenangnya ialah, Kak Norita!

Punyalah lama dah kenal dengan Kak Ita tu dari second year lagi. Sekarang baru tahu dia senior time sekolah dulu. Apekebende la manusia ni tak reti nak beramah mesra ni. Dah 2 kali sekuliah dan setutorial dengan dia. Tak pernah-pernah nak menanya. Sekarang dia dah nak praktikal baru tahu. Apekebendenye nih!

Lepas ni kena memperkuat kemahiran insaniah supaya silaturrahim yang pernah terjadi tak terus terputus.

**penulisan saya makin berdisiplin dengan huruf besar selepas titik. siapa ajar nih? DUDU.

No comments: