31 December 2011

Karaoke Ok!

hari ini padat dengan aktiviti berfoya-foya. perut pun padat dengan fast food. tak baik tu. pebende nak summarize entri kali ini ialah:

lagu yang patut pilih time karaoke:
  • My Immortal - Evenessence
  • Leave Out All The Rest - Linkin Park
  • Jaiho! - Pussycat Dolls
  • Madah Berhelah - Ziana Zain
  • The Story of Us - Taylor Swift (Taylor Swift mesti ada!)
  • Rolling In The Deep - Adele
  • Someone Like You - Adele
  • Set Fire To The Rain - Adele
ada jugak 700 lagu saya nyanyi tadi. karaoke Neway Box memang terbaik. nak pergi jangan lupa bawak kad matrik. 5 jam tanpa break sekali das dia bagi. 
alah lupa nak nyanyi Over My Head by Sum 41! lepas exam kena book lagi lah camnih.

30 December 2011

Terjumpa Senior Dalam Kereta

Hari ni pergi makan Subway jugak dekat Queensbay. Dah lama pendam rasa ni. Tunggu Mik, Mik sibuk. Takpelah lepas exam Mik kata boleh pergi makan. Subway Sg Dua dah bukak hoi. Cepat serbu hoi. Mesti menu dia letak meriah-meriah hoi. Hoi jangan pergi hoi. Nanti time aku pergi dah tak meriah pulak hoi. Ape keling nar aku ni hoi. Tamak betol. Perangai setan ni.

Selalu beli Dayana belanja. Hari ni beli pakai duit sendiri. menggigil hulur not tadi. Takpe ini reward sebab tak balik rumah time study week. Esok nak pergi karaoke reward apa pulak? Ouh reward sebab buat short notes Enthomology pakai kaler Luna. Baru 2 pages je pun. Pun boleh!

Tadi sebelum pergi Subway sempat pergi Bank Islam. Bukan urusan duit pun. Urusan tukar kad ATM. Pebende lah budak universiti ni buat rumors kena tukar kad ATM before Januari 2012. Bergasak budak-budak pergi tukar. Acting wise, saya tanya akak customer service. 'Apahal kak? memang kena tukar ke? Kalau tak, duit kena burn? Duit saya dah la tinggal rm20 je dalam tuh' seraya akak customer service jawab-'kad lama boleh pakai lagi. hairan juga ye kenapa student USM ramai yang tukar' -.-

Lepas saya soal selidik akak tu maka saya pun tukarlah kepada debit card Bank Islam yang diuar-uarkan itu. Rah rah rah dia explain, sikit pun saya tak amik pot. Yang penting kad tu nampak lagi semat (smart) dari kad lama. Boleh jugak merasa swap-swap macam kad kredit time student ni. 

Nak dijadikan cerita ada 5 orang dalam kereta tadi. Driver= Shukor. Co-pilot=Kak Ala merangkap gf Shukor. Sebab itu dia co-pilot walaupun tak reti memandu. Passenger kat belakang= saya, Kak Norita, Kak Wahidah. Takdir Allah begitu berkuasa sebab saya jumpa senior saya kat MRSM dulu dalam kereta itu. Siapa dia? *drumrolll* pemenangnya ialah, Kak Norita!

Punyalah lama dah kenal dengan Kak Ita tu dari second year lagi. Sekarang baru tahu dia senior time sekolah dulu. Apekebende la manusia ni tak reti nak beramah mesra ni. Dah 2 kali sekuliah dan setutorial dengan dia. Tak pernah-pernah nak menanya. Sekarang dia dah nak praktikal baru tahu. Apekebendenye nih!

Lepas ni kena memperkuat kemahiran insaniah supaya silaturrahim yang pernah terjadi tak terus terputus.

**penulisan saya makin berdisiplin dengan huruf besar selepas titik. siapa ajar nih? DUDU.

29 December 2011

Clear Contactlist

Kalau dah 5 hari in a row tidur pukul 5 pagi, mana boleh hari ni nak paksa tidur pukul 12 malam. hasil dia, terkebil-kebil sejam atas katil, sejam lagi baca contact list dekat talipon dan bagi mesej pada number-number yang dah bertahun tak contact. saja lah nak try kalau dah tukar number phone ke. buat bazir space je simpan lagi number tuh.

bila saya buat kerja ni? haaa baru tadi. Ayat dia camni. 'Hey, ape buat tuh? ade sihat ke?' lepas tu forward dekat number-number yang bakal kena delete. kalau tak de reply atau not delivered jatuh hukum delete aje number tuh.

dijadikan cerita semua number tu reply la siot. semua tu ingat lagi lah kat saya. tapi ayat dia tak berapa nak manis lah kan. serupa saya jugak.

'hey sehat2. mimpi ngeri ke hantar mesej kat aku nih?'
'eh MAY LING SIANG! apa khabar. rindu!'
'hey alhamdulilah. kau sehat? eh kau kenapa mesej aku ni?'

sweet kan kawan-kawan saya? ada satu ni reply tak manis langsung.
'Awak ni siapa ha?' <<< terus kena delete. serious.

dan mula lah aktiviti membalas mesej beramai-ramai tu tanya khabar dan berborak rancak. perbualan paling menarik malam tadi ialah :

saya. dia

aku tak boleh la belajar kimia-kimia ni lagi. aku terkena sumpahan miss XXXXX
miss XXXXX? oh yang india tuh? aku pun tak boleh bla weh dengan dia tuh.
hindu mane kau nih? punyalah labuh tudung lecturer tuh kau suspek dia hindu pulak. ramah tak bertempat betul.

dan borak rah rah rah rah ah ah sampai saya cakap eh got to go pada semua tukang-tukang mesej tu. penatlah kalau sekali mesej dengan 5-6 orang. boleh tumpul jari tahu. sejenak saya terfikir, mana boleh kita nak buang rakan-rakan walaupun dia hadir sesaat je dalam hidup kita. cuba lah kuatkan semangat tegur-tegur balik tanya khabar kawan-kawan yang lama tak jumpa tuh. mana tahu kalau itu conversation terakhir kita dengan mereka, at least mereka jugak yang sedekahkan kita alfatihah nanti. siapa tahu kan?

**esok nak call Nadiah Mat Som pulak. dah beranak ke belom Nadiah tu.

27 December 2011

Jangan Tengok Lagi Facebook Tu.

Sekali aku jengah facebook Dudu, seminggu aku sedih. Orang komen dekat facebook aku pun boleh jadi annoyed. Mak aku tak nak bagi adik baru pun boleh jadi merajuk. Baca Plant Genetic pun boleh menangis macam baca novel. Mik cancel pergi makan Subway sama-sama pun nak marah. Teringat Hanan, Along, Umi, Shamel, Izzul pun boleh mengalir airmata. Ya Allah, kuatkanlah semangat aku menerima kenyataan. Redhakanlah seredha-redhanya hati aku atas pemergian Nabil. 

**Jangan pernah aku seksa dia Ya Allah. Amin

26 December 2011

Time Masih Suka

kalau kita baru kenal dengan seseorang yang berlainan gender, mesti sikit ada rasa 'oh, kalau dia jodoh aku macam mane'. mesti punyalah. lain lah kalau insan tu bukan type kita kan. lepas tu bila dah selalu jumpa, berkawan, makan sama semua bagai, maka dia dah jatuh dalam kategori kawan biasa. kawan biasa baru...

kemudian bila dah eh eh nak main mesej la dengan dia. eh eh terjeles pulak tengok dia comment2 dekat facebook dengan berlainan gender yang lain, eh eh hari ni tak contact pun, haaa maka itu kedebek! jatuh kategori dah start suka. notis tu, baru suka.

saya tak nak cerita lah bab kategori selepas suka ni. itu bab bercinta sayang bagai tu, masing-masing ada cara sendiri ye tak. kita bicara pasal suka je dulu. sebab bab ni paling berbunga sekali. haaaa kan!

masa tengah suka-suka ni, yang paling best sekali, semua hipokrit. 

'takpelah, tak biasa keluar malam' (puih). 
'seganlah nak naik motor sama' (puih). 
'tak baik lah awak buang sampah sepah-sepah. kotor tahu?' (puihh).
'saya biasa makan ciput je. tak larat nak habiskan' (hak puihh)

katakanlah kita dah 26 tahun (bukan umur sebenar saya), kita dah jumpa ramai golongan-berlainan-gender-yang-mungkin-jadi-jodoh-kita. mesti kita dah rasa basi kan dengan ayat-ayat kat atas tu. tipikal! apa kata, time dating kita cerita yang buruk-buruk pasal diri kita. berani ah dia nak cakap 'eeee, tak senonohnya kau ni'. pegi lantak lah hai. mesti dia ada benda tak senonoh jugak yang dia pernah buat kan. dan banyak-banyak orang yang saya pernah jumpa dan cerita benda buruk ni, mereka pun akui kelemahan masing-masing. and we end up with good friends. instead, mereka akan cakap, kalau awek aku main lepas je macam kau kan best, tak delah awkward nak kena cover baik bagai. tak selesa doh.

contoh :
  • L: 'pukul 12pm tadi I call U, U tak answer'
  • P:  'ouh, I belom bangun lagi time tuh'
tuptup esoknya,
L: 'ouh, I bangun pukul 230pm terus lunch. ngantok malam tadi tengok bola'
this is FAIR. takda istilah anak dara anak teruna nya kalau masing-masing ada hal kena tidur lewat. bangun pun lewat lah kan. takdahal2.

  • P: 'I ada kuliah pukul 2. tapi malas nak pergi. nak pergi Bukit Jambul jap'
  • L: 'hah? kenapa tak pergi kuliah?' 
  • P: 'Baca balik ayat I tadi'
 perkara tak pergi kuliah ni bukan masalah besar bagi students. sebab adanya e-learning. macam lah kita tak pernah skip-skip kuliah ni ye dak. siapa yang tak pernah tu, tahniah! anda dapat kalahkan syaitanirrajim.

  • L: 'jom teman makan. lapar. 130am'
  • P: 'tak biasa lah keluar malam'
habis pergi tengok bola tu apa? yang bersorak histeria dekat mamak tu kejadahnya?  kalau saya pun dah kebulur, tak kira pukul berapa pun mesti turun kedai mamak punya. memang keluar malam tu tak berapa manis untuk anak dara, tapi kalau dah nak mati kebulur, pandai-pandai lah nak survive kan.

  • L: 'U pandai masak apa?'
  • P: 'I langsung tak pandai.'
  • L: 'habis nanti I nak makan apa?'
  • P: 'selama ni U pun tak pandai masak. besar je badan U I tengok'
sesungguhnya masak tu boleh belajar lepas dah kawin pun. janganlah dirisaukan hal masak-memasak ni. tapi janganlah sampai ke sudah makan luar je. semua isteri nak masak untuk suami beliau. janganlah risau mati kebulur.
point-nya kat sini. tak payah nak jadi perfect tapi fake. muntah saya. bahasa semulajadinya 'Gua nak muntah, tahu!' sebenarnya bila kita share benda yang buruk pasal diri kita, ada juga orang yang akan menerima kita seadanya. sebab dia pun lebih kurang kita juga. dan macam mana dia fail pun dengan ujian yang kita bagi dekat dia, kalau kita dah minat dekat dia, kita tetap terima dia jugak

**describing Dudu and me a bit. Alfatihah.

I Never Heard Silence Quite This Loud

Du, I rindu nak panggil Du. i even miss to hear someone calling me By. I watched the videos I've taken with you. I feel you alive here cuddling me. Every second time I spent with you is definitely the moments I treasured. Why you are so perfect? Why you came to me? And why did you go? I'm sorry.

Alfatihah to Nabil Saharuddin.

24 December 2011

Mama

Allah kurniakan insan-insan yang begitu baik sekeliling saya. mak saya cakap, "ain, kalau kita buat baik, orang mesti baik engan kita juga". insyaAllah saya pegang kata-kata mak. 

Bangun pagi saya tiba-tiba teringat mama. mama ni ibu sedara arwah Nabil. mama terlalu baik dengan saya sejak pertama kali saya jejak kaki ke rumah mama. kata-kata mama halus lembut sedap je dengar. hati yang panas pun boleh jadi lembut. masa pegi rumah Putrajaya hari tu Along ada tanya ada jumpa mama tak? call mama ke? saya pun terpikir betapa lamanya saya tak jumpa mama dan bertanya kabar. that's my mistake!

pagi ni. i mean tengah hari lepas bangun tidur, saya terus call mama. "mama, ni Ain kawan Nabil". "oh Ain, girlfriend Nabil". sporting kan mama? mama kata "kasih sayang mama berterusan untuk Ain". sayang sungguh saya dekat mama. moga ada umur yang panjang sampailah saya ke Senawang tu lagi ziarah Nabil dan mama juga. insyaAllah.

23 December 2011

Plink Plink Returns To Momma

finally received my plink plink! thank you to my sister, yana. at least credit tak habis mesej pakai number maxis. cheers, celcom users!

22 December 2011

Why There's Room in This 4 Chambers Organ?

dear heart, stay strong please. i'm facing another loss. please, tears don't keep falling.

Eintisar

you have no idea how much i miss Eintisar. i browsed all files to search for her videos I recorded but didn't find it. huuuu mane tah letak. Kak Yani miss Tisar!

Letter In The Making

i shall say, i'm finding the right way to make a letter for the 26 year-old-me then. hope to hear it soon, myself.

**oh man, i'm just having minor heartache today. well, who haven't?

21 December 2011

Emotional Bomb Ticking

Illiy once said, you'll never get that restful if you're sitting alone in your room. well said, Illiy. when i was in room alone i easily get emotional problem. it's like dynamic as it turned up and down and sometimes upside down. well, i haven't seen Illiy about 5 days. she texted me this afternoon saying that,

May, semalam aku mimpi ketiak kau bernanah, pastu aku tolong kau buang nanah tu, cucuk dengan jarum, kau sihat ke?

well, maybe this is another gross friendship words you've been heard about but hey, it is really nice to hear once you received it. *hah, nak nangis. kan dahhh*

and this late evening, i saw along changed her marital status on facebook to 'married'. i was so vulnarable to swallow the truth. it's like, Along, will, get, married.....soon. how many months left? oh it's 3!  i have been thinking, will we have another late night chat, or having a family dinner anymore? well maybe yes, if there's a will. InsyaAllah. I'll always looking for that. then what touches me so deep in the heart was this.

Ain Amirah jgnla cmtu. sebak rase ehem. sampai masa kamu pun begitu jua. tapi kene tunjuk along dulu hah!!! promise?

well, i love you, Along. May happiness showers your life till the end. 

20 December 2011

Aina

ramai orang panggil saya aina sekarang. wah nama baru. rasa macam manja pulak aina-aina ni. ok boleh. as long as you remember me. kalau tak ingat pun tak apa sebenarnya. 

**ainamirahsharif. cuba baca betul-betul.


19 December 2011

Fobia

2 hari lepas saya dikejutkan dengan mesej serangan @ mesej ugutan @ mesej kutukan (call whatever you want to call it). acting cool, saya biarkan saja mesej tu tak berbalas. tetapi mesej dari sender yang sama datang berkali-kali sarat dengan kata-kata kesat dan ugutan. siap nak cari saya dekat bilik dan bagi penampar. penampar la weh. jadi saya dah dapat penjelasan dari pihak berkenaan dan dinasihatkan jangan panik. sender tu memang psiko katanya. malam itu saja saya dapat 5 mesej sarat dan berat itu. saya cool dan terus simpan dalam draft buat kenang-kenangan.

sampai satu tahap saya berhasrat nak kecil hati dengan ayat-ayat yang terkangdung dalam mesej tu. sebab sender itu memang stalk saya. sampai arwah Nabil pun dia kaitkan. 'girl, you're good.....' *clapping hands*. alhamdulilah saya sikit pun tak terkecil hati. doakan dia cepat sembuh.

tapi yang memberi kesan pada saya ialah ke mane saja saya pergi saya akan membawa pistol. (tipu). langkah jadi terabur. mata jadi meliar. saya sentiasa bersedia sebab bila-bila masa saja saya boleh dihinggapi penampar. katakan tiba-tiba saya keluar makan, sedang saya berjalan, ada manusia meluru kearah saya dan menyedekahkan penampar. apakah refleks saya? kalau saya bergaduh mulut dan mula tarik tudung, itu langsung tak cool. bergaduh dengan orang psiko maksudnya saya ni pun 2x5 juga.

saya berbincang dengan rakan saya. so, saya came out dengan idea, bagi penumbuk sedas terus tepat ke tulang pipi dia. alangkan kena jentik pun mengalir airmata inikan pula penumbuk, ye dak? haa baru nampak wise action sikit kan. selalu dah tumbuk-tumbuk adik lelaki saya kat rumah tu. sakit juga tangan. takpe ini perempuan. tak sakit sangat kot. nak pergi asah penumbuk kejap. kbai.

**punca dapat mesej : exchange cerita how i met your mother dengan kawan lelaki dekat cafe selama 2 minit.
    motif : cemburu *tak patut*

18 December 2011

Coping Thing Never Easy

since i turned on my blogspot mode, i don't ever feel to write much. maybe this things just passed a few moments ago. i guess. so i don't have the feeling to do some designs in this MAYBILL. but will cope with the new me here. insyaAllah.

16 December 2011

Tangisi Hidup Yang Berbaki

terasa lemah bila bicara soal hati. sekuat mana kau pertahan dari serangan bertubi-tubi. tetap ia kalah dan menurut kata hati. dan kekecewaaan datang mengiringi perpisahan. kau tangisi.

bila iman tak lagi menjadi paksi, kau leka melayani perasaan sendiri. mengiakan apa yang terjadi. menutup segala cela yang bersaksi. kau kalah sekali lagi.

pulanglah ke pangkal jalan. insafi kelemahan diri. kuatkan hati. supaya kau tak kecundang lagi. kau tahu apa yang kau kehendaki.


ya Allah, pelihara hatiku.

12 December 2011

Alhamdulilah

It has been more than a year since the break up.
and it has been 11 months since Bill is gone.
But the love remains..