06 November 2012

Doa Lagi

saya yakin waktu itu akan hadir. dengan usia menginjak 23 tahun dalam tempoh 3 bulan dari sekarang, dengan persekitaran yang memanggil-manggil perasaan ini, saya tetap yakin.

waktu itu akan sampai. 

cuma, saya hanya perlu tingkatkan kesabaran kepada tahap maksima. dengan doa yang tidak putus agar iman dikuatkan dari sehari ke sehari meniti usia yang meningkat kepada belia ini.

apa jenis ayat yang saya lontarkan pun tidaklah saya kisah. yang penting segalanya terluah.

ciri sudah ada, syarat sudah lepas. cuma keadaan yang tidak benarkan.

dengan tanda aras yang manusia cipta, menjadikan segalanya terbantut. ye terbantut.

sebenarnya siapa tahu, saya mungkin belum bersedia atau Allah ingin memberikan waktu yang lebih sesuai untuk kebahagiaan yang lebih membahagiakan saya kelak. kita tak tahu. Allah maha mengetahui.

Kita minta mengikut nafsu kemahuan, tapi rencana Allah memberi mengikut keperluan diri kita sebenarnya. 

Wallahualam.

p/s: jalanlah dulu Diana Danielle. Akak masih boleh sabar tunggu rezeki akak. :)

01 November 2012

Aku Kenal Kau Sangat

kita biasa sangat dengar ungkapan ni
kita jugak pernah sebut ungkapan ni
pada kawan, adik beradik, boyfriend/girlfriend, musuh
nak tunjuk kita caring?
nak tunjuk kita hebat?
nak menyedarkan individu terbabit tentang diri mereka
tapi sebenarnya sejauh mana kita kenal diri kita sendiri?

saya ada problem dengan ini
dimana susahnya nak kenal diri sendiri
bila gerak hati tak sama dengan realiti

mungkin sesetengah orang mempunyai gerak hati yang kuat dan betul
bertuah ye bertuah. bersyukur lahh
tapi bertuahnya, individu itu bukan saya
ye bertuahnya saya tidak mempunyai kebolehan itu
sebab saya 'one in a million' mungkin

situasi ini tidak melibatkan sesuatu perkara yang besar dalam hidup
cukup sekadar insiden yang berlaku di hari-hari biasa
yang mungkin kita rasa tak sepenting mana
tapi kalau dah berkali-kali kena akan ingat sampai bila-bila

contoh,
hari ni rasa rajin nak pergi kelas, (selalu ponteng)
bangun awal-iron baju-mandi lama-lama-bersolek-keluar awal-breakfast
sampai dewan kuliah
kuliah batal
stress! habis tu nak pergi mana sekarang dah lawa-lawa ni?

contoh berkaitan,
hari ni penat ngantuk sangat
satu kelas je pun
malas nak pergi
lepas habis kelas, kawan text
weh, tadi ada test.
*syabas mera bethi, syabas!*

tadi,
rasa malas nak turun makan
jimat sikit duit
ada orang ketuk pintu
jual chocolate moist cake
rm15 tapi bagi rm10 je la
boleh tahan 5 hari katanya
gembiranya. Beli!
makan sepotong
rasa nak buang!
termenung tengok kek
apa kau buat lagi atas meja aku ni, wahai kek!


p/s: Bila kita nak kenal diri kita sendiri?



31 October 2012

quick update!

this is best brooo!!!
kalau tak beli shampoo botol kecik, takde lah shampoo cepat habis
kalau shampoo tak habis, takde lah kena tahan satu hari tak cuci rambut
kalau tak satu hati dah tak cuci rambut, takdelah hari ni kena keluar pagi-pagi pegi mydin
kalau tak pergi mydin pagi ni, takdelah keluar gopoh-gopoh sebab bangun lambat
kalau tak bangun lambat, takde lah keluar bilik lambat
kalau tak keluar bilik lambat, takdelah kena tinggal bas
kalau tak kena tinggal bas, takdelah kena tunggu satu jam bas seterusnya
kalau tak tunggu bas satu jam, takdelah kene balik lambat
kalau tak balik lambat, takdelah kena kunci dari luar sebab roomate dah pergi kelas
kalau tak terkunci dari luar, takdelah dapat melepak bilik bhai ni
kalau tak melepak bilik bhai ni, takdelah dapat tulis entri ni
kalau tak tulis entri, tak merasalah kita pakai tab baru bhai ni.

dah tahu kan macam mana cara nak merasa pakai tab?

belilah shampoo botol kecik je!

p/s: quick update lah sangat. terketar-ketar jari taip sekali tengok hek eleh! pendek je entri.

29 October 2012

Bakal ku

Ya Allah,
Aku panjatkan shukur ke hadrat Ilahi atas kebahagiaan yang Kau beri.
Atas insan-insan yang Kau hadiahi.
Atas kehidupan yang tak mampu aku kecapi dengan sendiri.


Dalam setiap duka, kau sedia bahu kau.
Dalam setiap tangis, kau seka air mata aku
Dalam setiap gelisah, kau sentiasa tenangkan aku.
Dalam setiap kebuntuan, kau carikan aku cahaya.
Dalam setiap perbalahan, kau tanam kesabaran
Dalam setiap dugaan, kau tenang beri harapan
Dalam setiap kesakitan, kau kumpul kekuatan.
Dalam setiap kemurungan, kau beri aku senyuman.


*telefon bunyi... kau yang call. macam tahu2 je*

*sambung*


Allah buka pintu hati aku terima kau lepas separuh diri aku hilang
Kau buat aku selesa jadi diri aku bila dengan kau
kau buat aku rasional marah-marah kau 
kau buat aku matang melayan sikap manja kau
aku suka melihat diri aku yang lebih bertanggungjawab dengan adanya kau
yang penting, aku rasa sangat disayangi dengan kasih sayang kau.
walaupun kau kadang-kadang agak annoying, aku balas dengan meng-annoyed kau pulak


*krok krek krok krek kriaaapppp. bunyi perut yang lapar*


terima kasih sebab hadir
terima kasih sebab menyayangi aku dengan kasih sayang yang tak ternilai
terima kasih mengajar aku erti kesetiaan sebenar
terima kasih atas senyuman yang selalu kau ukir pada wajah aku
terima kasih kerana sentiasa ada bila mana aku sedih dan gembira
terima kasih sebab menerima aku seadanya. setiap kekurangan dan kecacatan yang aku bawa.
terima kasih sebab kekal bersama aku setelah sebesar-besar dugaan yang telah, sedang dan akan datang menimpa kita.
terima kasih atas setiap pengorbanan masa, wang, tenaga yang dah kau bagi.

*garu tengkok*


kau lah kawan terbaik aku
kau lah sedara terapat aku
kau lah musuh bergaduh aku
kau lah pengisi masa lapang aku
kau lah technician peribadi aku
kau lah tempat aku meluah segalaya
kau lah pemaaf yang tegar memaafkan aku
kau lah tempat mengasah penumbuk aku
kau lah tempat belaian aku
kau lah teristimewa.
Kau lah yang teratas.

semoga satu hari kita di jodohkan dengan semulia-mulia ikatan. 

Selamat Hari Jadi, Bakal Suami.


Transformasi

hello! blog ini bakal menukar lagi url tidak lama lagi.


ainasy.blogspot.com.


bila tu? kemudian sikit. ingat je lah url baru ni.
p/s: akan menukar dan menukar lagi mengikut citarasa yang sering berubah-ubah ni.

24 October 2012

Balik Lagi

Akan berangkat pulang ke Sungai Buloh pada malam ini bersama Acik dan roomatenya. haaaa begitu sopan ayat ku ini ala-ala update twitter bunyiknya. never plan on this trip to Sungai Buloh by car. or even never thought about it. I was worried there's no more tickets to KL by tomorrow morning due to Raya. then suddenly, Allah gives me the instinct to ask Acik and poofff! she invited me to hitch a lift. rezeki jangan tolak olsssssss. dengan baju yang tak sempat nak laundry. minggu ini saya akan bawa satu beg yang sarat dengan baju berbau asli mewah lagi menyeramkan dan satu beg lagi dengan isian laptop. "oh mmg tak bawak baju bersih balik rumah eh?" tanya anda dalam hati. mestilah. apa yang perlu saja. sedikit sangat sampai boleh masuk dalam poket jer. oh snap! jangan mengarut lebih Ain Amirah! 

So, Selamat Hari Raya. selamat makan daging. sesiapa yang tidak beraya pun, tak da masalah! datang office ambek cek (Sharol Shiro). Ampun maaf dipinta, mensuci hening dosa. Panjang umur jumpa lagi. 

Jangan over Ain Amirah, cuti beberapa hari je. sekali tengok esok dah update lagi upload gambar pegang daging. ok bye. peace!


22 October 2012

Tes! Test! Test!



First test on MSS 391 - Special Topic Survey (Graphing Calculator Technology) tomorrow at 10 am. 
Nervous! 
oh berbelog mengenai urusan pelajaran bukan lah kegemaran saya. 
Moga dapat skor hebat mebat esok.

p/s: siapa curi mechanical pencil merah kita yang legend tu dia memang dengki. tengok, klasik tak klasik nak pakai pensel kayu esok.

18 October 2012

End Of The Era

from now on,

 i won't seek for your assistance
i won't ask for your knowledge
i won't ask for your company
i won't ask you any questions
i won't borrow your shoulder and ears
i won't tell you my silly story
i won't burden you with my problems
i won't ask any of your personal life
i won't talk craps to you
i won't laugh at you
i won't make fun of you. 
i will try to be independent without your hands anymore
i really appreciate you
deep inside i keep my love for you
thanks for been there for me all this while
yes, you are free from parasite, my friends. 

17 October 2012

Kita Yang Rasa. Kan?

kita bahagia. kita gembira. kita suka. tapi orang lain tak suka. orang kata, "jangan buat! kita tak suka". kita tanya, "kenapa?". orang kata, "jangan tanya kenapa. kita tak suka!"



haaa macam mana?



09 October 2012

Bercutilah Kita

Dah tahun akhir ni, kelas pun dah tak banyak. cuti pun jadi banyak. jadi tiap minggu asyik nak balik sungai buloh je spend time dengan insan-insan tersayang (wow!). minggu lepas tak ketinggalan juga lah. cuma kali ni makin bertambah insan tersayang di sungai buloh tuh. haa macam tak berapa nak faham kan maksud ayat ni. Takpe dimaafkan. i went to Genting Highlands after nearly 20 years haven't been there. kesian kan. there we go...

sampai dekat genting sempah itu, jam jam itu lah bateri kereta nak mati. inilah padahnya tak matikan enjin ye sedara-sedara. nasib baik saya bersama penyelamat dunia saya yang tahu hal-hal kereta ni. nasib baik dia boleh setel panggil abang servis bagi jump start kereta kami. shukur shukur.


 both the saviors. the one who's on the phone and one who's coming with the truck on the left! 

dah siap-siap tu baru nak tengok sebelah menyebelah dan nampak ni.


kalau signboard ni ada mulut mesti dia cakap, "Dah ku kabor matikan enjin tuh!"

we went up there by cable car and walked around. we didn't play much this time. just took a look what they got there, having breakfast, and take random pictures. will plan for the next trip and play much. 


akak dengan penyakit baru akak, asyik gastric atack je. walaupun sakit perut ku lemparkan jua senyuman menawan depan kamera. sakit, sakit jugak. tapi bila dengan laki sendiri, sakit tu jadi tak sakit sangat lah. haa gatal bunyiknya tuh..


oleh itu, ku ukir nama mu di atas gunung genting. cewahh. 


walking outside the theme park. it was cold! laki kita dah la takda lemak, ada tulang je. menggigil habis dia. kesian ye orang takda lemak ni. tengok orang banyak lemak ni. rilek je. ini adalah kerja laki kita yang tak reti nak kira 1 2 3 bila amik gambar. 


lagi gambar tak ready -,-


self-captured. baru nampak senonoh sikit. 


"ahh, asek ambil gambar kau je dari tadi, gambar aku takde" 


haaa saje amik gambar tak ready jugak. balas dendam. tapi nampak senonoh je -,-

 gambar wajib. babe, you look good, i tell you :P


 "gua gayat naik cable car, tapi gua berani turun der"


"eleh, gua sikit pun tak cuak bro"


"don't mess. we're gangster."

pada masa yang sama, anak-anak mama pergi bercuti dekat langkawi tanpa mama. so, mama tahu korang mesti asyik terbayang-bayang mama time korang holiday kan.


korang rasa korang berempat saje kan. 


tapi hakikatnya hantu mama mengekori korang. korang je yang tak tahu. hiii hiii hiii.

korang tak prasan kan sebenarnya. 

sayang laki mama dengan anak-anak mama!