06 March 2012

Elizabeth

Macam mana saya boleh panggil emak saya Puan Elizabeth? Mak saya pernah cerita asal-usul nama Elizabeth ni masa tengah buat kuih raya tahun err lupa! Yang saya ingat time tu saya tengah lapar.


Dulu masa mak saya bercinta dengan ayah saya, eh! mereka tidak bercinta. They were set up by parents. Semasa mereka bergelar tunangan, mak saya dan rakan-rakan Cina nya yang lain, mempunyai nama Inggeris. Mak saya yang obses dengan Queen Elizabeth tu (tak tahu Queen keberapa) terus pilih nama Elizabeth. Jadi, nama penuh beliau ialah Elizabet Faiz. Dan sebab nama mak saya awesome, saya terus letak nama laptop saya pun Elizabeth.


Dan saya baru saja habis baca novel If You Could See Me Now by Cecelia Ahern. Saya bagi 6/10 untuk novel tu. Kebetulan heroin dia nama Elizabeth. Saya malas nak summarize novel ni ye. Sikit info, Elizabeth ni suka betulkan grammar anak sedara dia. Saya pun tertarik dengan character dia. 



Selepas meneliti kedua-dua sifat ini, saya dapati terdapat persamaan antara Puan Elizabeth, Elizabeth dan.........saya! (macam la ada orang lain). Obviously, I inherit most of my mother's characters, physically and emotionally. Sampai Puan Elizabeth cakap, I see you in me next 30 years. I can see my self as well. Cantik lagi, takpe! Kebetulan, kerja-kerja membetulkan grammar orang ni memanglah kerja saya. because when you can't win the argument, correct their grammar :P


Jadi, dengan ini saya mengisytiharkan takhta Elizabeth II diserahkan kepada diri saya sendiri dengan izin Yang Mulia Puan Elizabeth. Dan gelaran ini saya akan turunkan kepada 1 daripada 9 bakal anak saya yang layak kelak. InsyaAllah. woh banyaknya 9. Baru fikir tadi nak anak 9. So, kiddoz, behave like mummy!


p/s: nak cakap benda lain, benda ini jugak yang keluar cerita.

2 comments:

Didiey Fadhilah. said...

Saya suka bula Ivan refer Elizabeth as 'gnirob' :)

If you read it, you'll understand it ;)

MAYMAY O NEESE said...

of course. saya pun da start spell backward lepas baca novel tu. haha